Ibu Najib Razak meninggal dunia
Berita pemergian itu dikongsi bekas perdana menteri itu menerusi Twitter miliknya.
Terkini
Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas perdana menteri, Najib Razak meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang ini.
Rahah merupakan isteri kepada perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein yang dinobatkan sebagai bapa pembangunan Malaysia.
Berita pemergian Rahah itu dikongsi Najib menerusi Twitter miliknya.
“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” ciap Najib.
Rahah berusia 87 tahun.
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah turut melapangkan masa menziarah allahyarham semalam.
Selain itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut meluangkan masa untuk menziarahi Rahah.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.