- Iklan -
Berita

Mengapa Suhakam membisu kes pengawal berpuasa dipukul majikan, kata ahli Dewan Negara

Suhakam dilihat membisu seribu bahasa berhubung kes pukul, mengugut dan menghalang dua pengawal daripada menunaikan amalan agama mereka.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.

Ahli Dewan Negara Muhammad Zahid Md Arip hari ini mempersoalkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dilihat berdiam diri berhubung kes dua orang pengawal keselamatan yang dipukul majikan kerana berpuasa.

Dalam kenyataannya, Zahid menyifatkan suspek dalam kes tersebut sebagai bangsat kerana melakukan provokasi dan menghina agama Islam sekali gus menyatakan kekesalan terhadap badan hak asasi tersebut kerana tidak bersuara berhubung isu tersebut.

“Sehingga kini walau sudah gempita isu ini di seluruh negara, saya pelik mengapa Suhakam membisu seribu bahasa.

“Saya juga mendesak Suhakam yang selama ini mendakwa pihaknya sebagai pejuang hak asasi manusia agar mengecam sekeras-kerasnya perbuatan majikan tersebut yang bertindak menghalang, mencederakan dan melakukan ugutan jenayah terhadap pekerja untuk menunaikan hak asasinya sebagai penganut agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid turut berkata kes tersebut adalah cabaran kepada Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memandangkan laporan polis tular turut menyebut nama beliau.

“Justeru saya mendesak KPN sendiri memantau siasatan dan memastikan pelaku mendapat hukuman setimpal.

“Bukannya sekadar mengheret atau mendakwa mereka di mahkamah.” katanya.

Semalam media melaporkan dua pengawal peribadi dipercayai dipukul dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di Klang, Selangor.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek yang berusia 43 tahun.

Awal pagi tadi, empat orang suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pukul secara bergilir dua pengawal tersebut hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.