Tiada lagi zon hijau di semenanjung, kata KKM
Setakat semalam, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka berada dalam zon merah penularan Covid-19 sepenuhnya.
Terkini
Berdasarkan taburan kes Covid-19 dikongsikan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman Facebooknya hari ini, dalam tempoh 14 hari sejak 5 Mei hingga semalam, bilangan kes positif di Malaysia adalah berjumlah 57,089 kes.
Keseluruhan jumlah kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 485,496 kes.
“Lapan daerah di Semenanjung berstatus jingga iaitu Langkawi, Kampar, Jelebu, Kuala Pilah, Rompin, Bera, Lipis dan Marang sementara daerah yang berstatus kuning ialah Kangar, Perak Tengah, Mersing, Cameron Highlands, Maran, Hulu Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Padang Terap dan Sik,” kata KKM.
Sabah menjadi negeri paling banyak zon hijau dengan lapan daerah iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.
Sementara di Sarawak, terdapat lima daerah berada dalam kategori zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.
Daerah berstatus hijau mencatatkan sifar kes, kuning (1-20 kes), jingga (21-40 kes) dan merah 41 kes atau lebih.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.