Pengerusi DAP Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Premier Sarawak Abang Johari Openg dan pemimpin GPS di atas kenyataannya yang mengguris perasaan mereka sewaktu menjadi menteri kewangan dahulu.
"Masa depan negara mendahului segala-galanya.
"Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.