Stadium Shah Alam: Kemegahan yang diabaikan
Stadium Shah Alam pernah menjadi stadium terbesar dalam negara, namun kini keadaannya daif dan sunyi tanpa sorakan peminat sukan.
Gambar oleh Syahrin Abdul Aziz
Pemandangan dari udara Stadium Shah Alam. Walaupun pernah menjadi stadium rasmi Red Giants, kelab bola sepak Selangor, namun kini keadaannya tidak terurus dan banyak kerosakan akibat kurang penyelenggaraan.
Stadium Shah Alam terdiri daripada enam tingkat ruang separuh tertutup, dan struktur rangka bangunannya dikatakan sebagai gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia – namun kini zaman kemegahannya dianggap sudah berakhir.
Pemandangan lebih dekat kawasan pandang menunjukkan keadaan rumput padang yang kering berikutan tidak diguna dan diselenggarakan, sementara tempat penonton yang boleh memuatkan 80,000 orang juga tidak terurus.
Pintu masuk utama stadium, di mana orang kenamaan diturunkan bagi acara rasmi dan perlawanan sukan.
Pemandangan padang dari tempat duduk penonton, di sinilah penonton memenuhi kawasan stadium bagi menonton perlawanan bola sepak, acara olahraga dan konsert mega.
Pemandangan dari dalam pintu masuk utama dan tempat duduk orang kenamaan di Stadium Shah Alam.
Dari dalam stadium, jelas kelihatan bumbung stadium yang sudah lompong.
Keadaan atap polikarbonat yang retak, pecah, dan lompong di tepi bumbung.
Kerosakan bumbung jelas kelihatan jika dilihat dari atas.
Pemandangan lebih dekat keadaan daif bangunan yang banyak kerosakan kerana bertahun tidak digunakan.
Tiang gol berkarat menghadap layar skrin markah perlawanan di stadium yang ditinggal sunyi tanpa sorakan peminat sukan tanah air.
Layar skrin papan markah kosong tanpa sebarang paparan.
Bumbung lompong dan rosak memperlihatkan langit biru di luar stadium.
Cat bangunan mengelupas di salah satu pintu masuk ke tempat duduk penonton.
Di dalam bangunan, kemudahan tandas masih dalam keadaan baik walaupun terdapat terdapat kesan karat yang boleh didapati di tempat lain dalam stadium.
Kurang penyelenggaraan menyebabkan tempat duduk plastik turut rosak.
Serpihan atap bumbung stadium dikumpulkan di sebelah beg sampah dan menunggu masa untuk dibuang.
Tempat jualan tiket juga ditutup dan sunyi tanpa sebarang operasi.
Di luar stadium, penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah, walaupun pada umumnya kawasan sekeliling stadium terlihat lengang.
Seekor burung terbang melintasi kawasan lengang Stadium Shah Alam.
Cahaya matahari menyimbah kawasan stadium menyerlahkan warna-warni kerusi penonton yang telah lama tidak menerima kunjungan orang ramai.