- Iklan -
KTMKomuter-MNow-290722-17
Galeri

Perjalanan menaiki perkhidmatan tren komuter Malaysia

Walaupun perkhidmatan KTM Komuter beroperasi sejak 90-an, penumpang dilihat lebih suka menaiki LRT dan MRT kerana tidak mahu menunggu tren komuter yang memakan masa lama.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Penumpang berjalan melepasi pintu masuk KTM Komuter di KL Sentral, stesen pusat yang menghubung semua perkhidmatan tren dalam bandar dan antara negeri.

Seorang penumpang sendirian menunggu tren di stesen komuter Seputeh.

Stesen komuter Padang Jawa di Shah Alam kelihatan lebih lengang, tanpa kelibat penumpang.

Jalan berlubang di pintu masuk stesen komuter Padang Jawa, sementara kereta diletakkan di tepi jalan.

Sebuah tren melalui stesen komuter Kampung Dato Harun yang terletak bersebelahan lebuh raya NPE.

Seorang wanita menggunakan tangga dari platform kereta api ke aras bawah tanah. Walaupun stesen itu terletak berhampiran kawasan perumahan, ia sukar untuk diakses dan tidak mempunyai kemudahan untuk penumpang kurang upaya.

Stesen komuter Tiroi di Labu, Negeri Sembilan turut menghadapi cabaran yang sama, di mana penumpang kurang upaya terpaksa menunggu di stesen komuter Kajang.

Di stesen komuter Seputeh, keadaan tangga di kemudahan itu berlumut dan gelap.
Di stesen komuter Seputeh, keadaan tangga di kemudahan itu berlumut dan gelap.
- Iklan -
Seorang wanita berkerusi roda memeriksa telefon dalam tren.

Dalam sesetengah tren, tingkap gerabak dilihat seperti retak sehingga kelihatan hampir pecah.

Beberapa orang pelajar yang pulang ke rumah pada hujung minggu berbual dalam tren.

Jadual tren KTM Komuter terpampang pada skrin yang digantung untuk makluman penumpang.

Di ruangan dalam platform menunggu, hanya lampu malap menemani penumpang yang sedang menunggu tren.

Pekerja pejabat keluar dari tren untuk bergegas pulang ke rumah.

Seorang lelaki melihat ke luar tingkap ketika duduk dalam gerabak yang dikhususkan untuk kaum wanita.

Sebuah tren komuter bergerak meninggalkan stesen Tiroi di Labu, Negeri Sembilan.

Sebuah keretapi KTM merentasi ibu kota Kuala Lumpur pada waktu senja.