- Iklan -
StationKTMB22_Mnow_250822
Galeri

Menyusuri masa lalu di stesen keretapi KL

Terkenal dengan seni bina unik, Stesen KTM Kuala Lumpur berperanan menjadi penghubung antara negeri-negeri di semenanjung sejak lebih 100 tahun lalu.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Stesen KTM Kuala Lumpur adalah bangunan bersejarah dengan seni bina unik di mana ia menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat, bangunan panjang itu dilatari bangunan moden Menara Warisan Merdeka di Jalan Sultan Hishamuddin.

Ia terletak di hadapan bangunan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd.

Jalur Gemilang digantung menghiasi kawasan parkir berhampiran stesen KTMB.
Jalur Gemilang digantung menghiasi kawasan parkir berhampiran stesen KTMB.
- Iklan -
 Kelihatan beberapa bahagian cat dan plaster mengelupas pada dinding bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun itu.

Seorang penumpang menarik bagasinya semasa keluar dari stesen.

Seorang lagi penumpang keluar dari pintu utama, di mana kaunter tiket dapat dilihat.

Papan iklan digital memaparkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di kaunter tiket keretapi ETS.

Seorang pelancong melihat keretapi yang tiba di platform.
Seorang pelancong melihat keretapi yang tiba di platform.
- Iklan -
Seorang lelaki melalui lobi Hotel Heritage Station yang kini tidak lagi beroperasi. Hotel itu dibuka kepada pengunjung selama 99 tahun sebelum ia ditutup.

Heritage Station Hotel ditutup pada 2010, suasana bangunan itu kelihatan kurang diselenggarakan.

Notis Jabatan Insolvensi Malaysia dipaparkan di salah satu tingkap hotel itu.

Walaupun kelihatan kurang penyelenggaraan di banyak bahagian bangunan, seni bina dan reka bentuknya yang cantik masih menarik perhatian ramai.

Tangga ke aras bawah tanah di mana penumpang boleh mengakses Platform 4.
Tangga ke aras bawah tanah di mana penumpang boleh mengakses Platform 4.
- Iklan -
Terowong untuk ke Platform 1, di mana pada satu ketika ia turut menyediakan akses ke Heritage Station Hotel.

Penumpang menunggu keretapi tiba di platform.

Dua penumpang menunggu di atas bangku sementara seorang lagi wanita sedang berjalan mencari tempat duduk di platform.

Struktur bumbung stesen yang melengkung di sepanjang platform dibina pada 1960.

Di luar, tren berkuasa elektrik menghampiri platform.

Seorang wanita menarik bagasinya untuk masuk ke gerabak keretapi.

Sebuah tren komuter menghala ke Batu Caves mula bergerak apabila tren ETS dari arah selatan berhenti.

Sebuah lagi tren komuter meninggalkan stesen menuju Pelabuhan Klang.
Sebuah lagi tren komuter meninggalkan stesen menuju Pelabuhan Klang.
- Iklan -
Di luar, awan menghiasi langit cerah meredupkan suasana stesen dan struktur bangunan ikoniknya.

Bendera Malaysia digantung di hadapan bangunan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd di hadapan stesen.

Pintu pagar bangunan pentadbiran terbuka di bahagian lobi bangunan.

Dari lobi, sebuah tangga yang direka unik boleh digunakan ke tingkat atas bangunan.

Seorang kakitangan KTMB berjalan melalui koridor bangunan pentadbiran.

Bangunan ini menawarkan pemandangan panorama Kuala Lumpur, Menara Warisan Merdeka juga boleh dilihat dari tingkat atas bangunan.

Batu nisan tidak bertanda berselerak di satu kawasan di belakang bangunan itu, ia dikatakan milik penganut Kristian yang telah dikebumikan di sana ratusan tahun lalu.