Merdeka sekali lagi disambut penuh semangat
Selepas dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, warga Malaysia sekali lagi meraikan Hari Merdeka.
Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Orang ramai berkumpul menyaksikan kawad perbarisan Angkatan Tentera Malaysia ketika sesi raptai perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anggota tentera membuat solekan wajah penyamaran sebelum latihan kawad perarakan dengan berpakaian lengkap.
Kontinjen tentera bersiap sedia menunggu giliran sebelum menyertai raptai terakhir sebelum Hari Merdeka.
Pada Hari Merdeka, peserta perarakan berkumpul pada awal pagi bagi membuat persiapan akhir perbarisan.
Anggota tentera wanita dari pasukan Rejimen Logistik Komando Tentera Darat memeriksa senjata mereka sebelum perbarisan bermula.
Seorang pegawai tentera berdiri di atas bangku marmar untuk untuk sesi taklimat sebelum perbarisan.
Sinar matahari mula menerangi pagi ketika peserta berkumpul di Dataran Merdeka.
Peserta perarakan mengibarkan Jalur Gemilang semasa acara bermula.
Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan perbarisan.
Mereka yang mahu mendapatkan pemandangan yang lebih baik memanjat struktur di kawasan itu untuk menyaksikan perbarisan.
Helikopter yang membawa Jalur Gemilang terbang dalam satu formasi.
Seorang anak cilik duduk di atas bahu bapanya untuk menyaksikan perbarisan.
Orang ramai mengambil gambar semasa kenderaan tentera bergerak dalam perarakan.
Jalur Gemilang dikibarkan di seluruh Dataran Merdeka ketika rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara secara besar-besaran selepas negara dilanda pandemik.
Pasukan berkuda turut membuat penampilan dalam perarakan kali ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut sama menyertai perarakan mengibarkan Jalur Gemilang ke arah orang ramai.
Seorang kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang sambil melihat perarakan.
Peserta-peserta sambutan mengangkat bendera sepanjang perbarisan dijalankan.
Muzik bersemangat berkumandang sewaktu pancaragam memulakan perbarisan.
Peserta-peserta pancaragam yang memakai pakaian khas Scotland turut menyertai perbarisan sambil meniup begpaip.
Seorang kanak-kanak menyaksikan perbarisan bersama ibu bapanya.
Kontinjen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut menyertai perarakan dengan berpakaian tradisional.
Peserta Orang Asli mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan.
Anggota pasukan pertahanan awam berarak dengan berpakaian seragam.
Anggota bomba mempamerkan tubuh kekar mereka ketika jentera bomba mengambil giliran dalam perbarisan.
Anggota pasukan polis bermain alat muzik brass ketika perbarisan.
Anggota polis yang memakai pakaian lengkap anti rusuhan menyusul di belakang.
Anggota polis unit K9 turut membuat penampilan lengkap dengan pakaian seragam.
Unit Tindakan Khas ke-69 beraksi dengan senjata mereka ketika jentera berperisan mengambil giliran dalam perbarisan.
Tentera berpakaian seragam rasmi dan penyamaran berkawad mengikut rentak muzik semasa perbarisan.
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengetuai kontinjen perarakan mengangkat sumpah taat setia kepada negara.
Peserta pasukan keselamatan beruniform membawa Jalur Gemilang yang direntangkan dalam perbarisan.
Peserta beruniform mengibarkan bendera, menjadikan suasana seperti gelora merah, putih, biru dan kuning.
Peserta yang membawa kereta antik turut mengambil bahagian dalam perarakan.
Pegawai polis beraksi dengan senjata mereka ketika perbarisan.
Tentera yang bersolek wajah penyamaran menyusul di belakang.
Orang ramai mengambil gambar semasa kontinjen kereta kebal tentera melintasi kawasan mereka.
Tentera memegang senjata pemusnah pesawat di atas jentera pasukan keselamatan.
Sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet terbang di udara Dataran Merdeka.
Jet pejuang membelah langit dalam formasi menarik perhatian para penonton.
Helikopter tentera berlegar di udara ketika melewati pentas perbarisan.
Penari mengibarkan Jalur Gemilang semasa mereka membuat persembahan untuk perbarisan.
Senyuman gembira memenuhi Dataran Merdeka ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-65.