Kehidupan di sebalik jeriji Penjara Kajang
MalaysiaNow mendapat akses eksklusif untuk meninjau kehidupan banduan yang menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Gambar oleh Djohan Shahrin
Seorang warden penjara dari bahagian rawatan dan pemulihan dadah menutup dan mengunci pagar utama.
Penjara Kajang terletak di Sungai Jelok, kira-kira 3km dari pusat bandar Kajang. Ia dibina pada tahun 1975, dengan keluasan 161.3 hektar dan menjadi tempat pelaksanaan hukuman penjara bagi kesalahan jenayah.
Pintu masuk ke sel penjara di Penjara Kajang. Blok ini menempatkan 287 banduan.
Seorang pegawai penjara memberi taklimat kepada sekumpulan pesalah dadah.
Dia membacakan peraturan yang mesti dihafal dan dipatuhi sebagai sebahagian daripada proses disiplin diri.
Banduan baru diberi masa seminggu untuk memahami dan menghafal kandungan manual penjara.
Jadual mingguan banduan dipaparkan di salah satu dinding dalam penjara.
Seorang pegawai penjara bercakap dengan pesalah dadah semasa sesi berkumpulan di bahagian pemulihan.
Setiap banduan membawa kerusi sendiri ke dalam bilik.
Pegawai penjara mengawasi banduan sepanjang sesi.
Sepanjang sesi itu, banduan mengenal pasti perbezaan sesama rakan banduan mereka yang lain bagi mempelajari cara menerima maklum balas dan kritikan antara satu sama lain.
Mereka yang dikritik mempunyai peluang untuk menjawab kritikan di bawah pengawasan pegawai penjara.
Pada akhir sesi yang memakan masa sejam itu, ketua kumpulan menyerahkan laporan mereka kepada pegawai untuk dinilai.
Banduan yang didapati melakukan kesalahan akan dihukum dengan pengasingan daripada rakan-rakan banduan mereka. Tempoh masa pengasingan bergantung pada skala kesalahan. Mereka juga diarahkan memakai plakad di leher.
Seorang banduan bertugas meniup trumpet di luar blok penjara, ia adalah panggilan supaya warden yang bertugas dalam syif itu menjalankan pengiraan bilangan jumlah banduan.
Seorang warden penjara mengawasi banduan yang membawa beg plastik berisi barangan peribadi.
Banduan yang ditugaskan untuk bekerja di dapur utama membantu memunggah sayur-sayuran dari lori yang membawa bekalan segar.
Di dapur, mereka bersiap sedia untuk memasak nasi.
Salah seorang daripada mereka memotong tembikai sebagai pencuci mulut hidangan banduan.
Dua lagi banduan ditugaskan untuk mencedok nasi putih dari tong plastik besar.
Menu harian ditetapkan oleh pegawai penjara di dapur utama mengikut jadual yang ditentukan oleh jabatan penjara.
Hidangan setiap banduan terdiri daripada nasi, sayur-sayuran, kuah sup, dan, ikan goreng.
Banduan beratur untuk mengambil hidangan mereka.
Mereka yang bertugas memerhatikan rakan banduan mengambil bekas makanan.
Ada juga yang ditugaskan untuk mengagihkan bekas hidangan kepada rakan banduan mereka.
Sebahagian daripada banduan menyertai kelas seni sebagai sebahagian daripada latihan kemahiran yang diatur oleh pihak penjara.
Apa yang mereka hasilkan di dalam kelas bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Mereka yang berminat dalam bidang jahitan dibenarkan menggunakan mesin.
Di kelas ini juga mereka turut berada di bawah pengawasan warden penjara.
Seorang pegawai penjara menyiapkan laporan di mejanya.
Para banduan juga turut serta dalam sesi ritual keagamaan.
Sebahagian daripada mereka mendapat pelajaran agama buat kali pertama sepanjang hidup mereka di dalam penjara.
Banduan yang beragama lain juga dibenarkan untuk mengamalkan agama dan beribadat mengikut kepercayaan mereka sendiri.
Sekumpulan banduan kesalahan dadah berlatih untuk pertandingan nyanyian yang disertai banduan di seluruh negara.
Seorang warden penjara membawa dokumen ke ruang menunggu untuk banduan yang memerlukan rawatan perubatan.
Seorang banduan mengambil rekod perubatannya di bawah pengawasan warden penjara.
Petugas perubatan memeriksa salah seorang pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Seorang warden berhenti untuk bercakap dengan salah seorang banduan di wad.
Seorang banduan yang masih dalam pemerhatian dan bergari ditempatkan di bilik berasingan di wad itu. Ia disediakan bagi banduan yang menunjukkan tingkah laku agresif terhadap banduan lain.
Seorang doktor gigi memeriksa seorang banduan, sementara warden penjara mengawasi mereka.