Sembilan Dewa Maharaja turun di Kampung Baru
Suasana sambutan sembilan hari perayaan yang disambut setiap tahun pada bulan kesembilan kalendar Cina.
Gambar oleh Djohan Shahrin
Penganut Tao berkumpul di Tokong Kau Ong Yah di Kampung Baru, Ampang – kuil tertua di Selangor yang berusia 160 tahun.
Pada malam pertama perayaan, penganut Tao menyiapkan meja di sepanjang jalan di luar rumah mereka di mana makanan dan menyalakan colok kepada para dewa.
Orang ramai beratur di jalan raya untuk menunggu ketibaan Sembilan Dewa Maharaja dalam perayaan yang diadakan secara meriah selepas pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.
Peserta perarakan berhenti untuk berehat, namun masih memikul tandu di bahu mereka sambil menunggu isyarat untuk teruskan upacara perayaan.
Penganut Tao menyertai perarakan dengan memegang colok sambil berjalan.
Seorang lelaki membisikkan sesuatu kepada seorang peserta upacara persembahan yang berpakaian sebagai dewa semasa perarakan Sembilan Dewa Maharaja.
Orang ramai berkumpul untuk menonton tarian naga dan mengambil gambar persembahan yang berwarna-warni.
Di Tokong Kau Ong Yah, penganut menyalakan kayu colok untuk upacara ritual.
Sebahagian mereka berlutut manakala yang lain berdiri sepanjang upacara berlangsung.
Seorang lelaki menyalakan sebatang colok gergasi bagi mengasap upacara perayaan.
Pekerja tokong menyusun sayur-sayuran yang menjadi menu perayaan. Secara tradisi, penganut tidak memakan daging sepanjang perayaan berlangsung.
Seorang pekerja membawa masuk sebatang kayu bakar untuk kegunaan dapur.
Pekerja dapur mencedok nasi untuk dihidangkan kepada pengunjung tokong. Hidangan vegetarian dihidangkan empat kali sehari, dari pagi hingga malam.
Pengunjung tokong berkumpul untuk makan bersama.
Makanan vegetarian adalah menu yang ditetapkan sepanjang tempoh sembilan hari perayaan.
Seorang kakitangan tokong melakukan upacara di Kampung Baru, Ampang.
Tokong Kau Ong Yah menganggarkan kira-kira 20,000 pengunjung datang melawat sepanjang tempoh perayaan.
Para pelakon bersiap sedia untuk persembahan opera tradisional Cina sempena perayaan.
Di dalam bilik persalinan, pelakon memakai solekan dan mengenakan perhiasan kepala mereka.
Seorang pelakon muda berlatih bersama seorang pelakon veteran sebelum memulakan persembahan di atas pentas.
Pelakon membantu antara satu sama lain dalam persiapan terakhir sebelum naik ke pentas.
Orang ramai berkumpul untuk menonton persembahan opera. Ia dipersembahkan di atas pentas di luar tokong.
Pelakon membuat persembahan di atas pentas tradisional di Tokong Kau Ong Yah.
Pada malam terakhir perayaan, penganut mengambil bahagian dalam upacara berjalan di atas api, ia adalah ritual untuk mendapat tuah dan perlindungan.
Hari kesembilan diakhiri dengan himpunan di tokong bagi menyempurnakan ritual agama mereka.