- Iklan -
BanjirMeru-MNow-111122-12
Berita

Banjir kilat di Klang menjelang PRU15

Lagi seminggu sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15, kebimbangan semakin meningkat kemungkinan banjir kilat berlaku di hari pengundian.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Sebuah rumah di Jalan Paip, Meru, Klang, ditenggelami air selepas banjir kilat melanda akibat hujan lebat selama beberapa jam pada 10 November lalu.

Seorang penunggang motorsikal (kanan) meredah air banjir di Jalan Paip, Meru, di mana bendera Barisan Nasional dinaikkan sempena pilihan raya.

Seorang wanita mengalihkan meja keluar dari rumah bagi menyelamatkan beberapa perabot daripada rosak akibat banjir.

Di Taman Binjai Jaya, dua orang mangsa banjir berbual di pintu pagar sambil berdiri dalam air banjir setinggi buku lali.

Seorang penduduk menunjukkan peralatan dapur yang dialihkan ke tempat lebih tinggi. Namun, ada juga peralatan lain yang mungkin mengalami kerosakan akibat air banjir.

Seorang wanita memeriksa telefonnya sambil berdiri di dapur yang dinaiki air. Dia berkata jumlah kerosakan peralatannya mungkin mencecah RM2,000 akibat banjir.

Sebuah kereta yang dilekat gambar calon Warisan bagi kerusi Kapar meredah kawasan banjir di Jalan Paip.

Anjing meredah air banjir untuk mencari kawasan yang lebih tinggi.
Anjing meredah air banjir untuk mencari kawasan yang lebih tinggi.
- Iklan -
Seorang lelaki meredah air banjir di paras betis untuk pulang ke rumahnya.

Dia dan ibunya duduk di gerai kecil di luar rumah sambil menunggu air banjir surut.

Di jalan raya, banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan.

Pada sebelah petang, hujan lebat sekali lagi turun ketika mangsa banjir meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat berteduh yang lebih selamat.

Seorang penunggang motorsikal melewati deretan bendera parti di jalan yang dinaiki air banjir.

Suasana senja di Jalan Paip yang mengalami banjir, di mana bendera parti politik yang digantung di kawasan sekitarnya basah akibat hujan berpanjangan.

Seorang kanak-kanak sedang menikmati secawan mi segera di pusat pemindahan sementara di SK Sungai Binjai di Meru, Klang.

Mangsa banjir duduk di luar khemah di pusat pemindahan sementara. Mereka menunggu masa untuk pulang ke rumah masing-masing.