- Iklan -
Putrajaya-MNow-161122-1
Galeri

Pertandingan 6 penjuru merebut kerusi Putrajaya

Enam calon dari Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Pejuang dan bebas berentap untuk memenangi hati penduduk bandar penjawat awam itu.

Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini bakal menentukan penghuni Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Poster memaparkan calon Perikatan Nasional, Menteri Pendidikan Radzi Jidin, memenuhi sebatang jalan di Putrajaya.

Radzi bersalaman dengan pengundi semasa berkempen di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Presint 2, Putrajaya.

Beliau berhenti sebentar di sebuah gerai menjual ikan perhiasan sambil berbual dengan peniaga.

Seorang penunggang motosikal melewati papan tanda yang memaparkan calon Pakatan Harapan, Noraishah Mydin Abdul Aziz, bersama pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim.

Walaupun menghidap spina bifida, Noraishah tetap bersemangat untuk berkempen dengan bertemu pengundi di sekitar Putrajaya.

Gambar penyandangnya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari Barisan Nasional yang tersenyum di papan tanda turut menghiasi suasana kempen di Presint 14.

Poster memaparkan Tengku Adnan juga dilihat di Presint 7 menjelang hari pengundian 19 November ini.

Sebuah lori dengan karikatur Tengku Adnan turut dilihat diparkir di sebuah kawasan perumahan di Putrajaya.

Poster calon Pejuang, Mohd Rosli Ramli memenuhi pembahagi jalan di Jambatan Seri Wawasan.

 Bendera Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memenuhi sebuah jambatan berhampiran Pejabat Perdana Menteri.