- Iklan -
KDEB13_Mnow_151222
Galeri

Wira pelupusan sampah yang tak didendang

Pemungut sampah mula bekerja seawal jam 3 pagi bagi memastikan pengurusan sisa lancar di setiap kejiranan.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Setiap minggu, pemungut sampah akan menelusuri setiap lorong kawasan perumahan dari satu kejiranan ke kejiranan lain, bagi mengumpul sisa dan sampah yang dianggap sebagai salah satu pekerjaan paling kotor.

Ia bukan tugas yang menjadi pilihan ramai, namun Mohd Rizal Ahmad adalah salah seorang daripada segelintir yang melakukannya, di mana beliau keluar bekerja seawal jam 3 pagi bersama tiga lagi rakan sekerja dari Bangladesh.

Rizal memandu lori sampah di sekitar kawasan perumahan di Bukit Bandaraya, Shah Alam, manakala rakan-rakannya mengutip plastik yang dipenuhi sampah dan memasukkannya ke bahagian belakang lori.

Mereka bekerjasama sebagai satu pasukan, memastikan proses pengurusan sampah berjalan lancar.

Dua daripada mereka memungut sampah manakala seorang lagi memasukkannya ke belakang lori.

Mereka mengekalkan kebersihan diri ketika bekerja dengan memakai sarung tangan getah.

Mereka duduk di bahagian belakang lori ketika ia bergerak dari satu kawasan perumahan ke kawasan seterusnya.

Walaupun kerja mereka berat dan memenatkan, namun ia adalah satu-satunya cara untuk mereka memperoleh pendapatan sebagai pekerja asing.

Mereka singgah di gerai tepi jalan untuk membeli kuih dan minuman untuk sarapan dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke tapak pelupusan sampah.

Mereka hanya duduk di tepi jalan dan makan sedikit untuk mendapatkan sedikit kesegaran.

Lori-lori sampah yang lain turut tiba di pusat pelupusan sampah di Jeram, Klang.

Di sana, sampah yang bakal dilupuskan akan dikumpul memenuhi beberapa ekar kawasan tersebut.

Semua sampah dibuang di tempat yang ditetapkan.
Semua sampah dibuang di tempat yang ditetapkan.
- Iklan -
Pekerja yang mengendalikan jengkaut dan lori mengangkat pasir bersedia untuk membawa tanah yang diperlukan untuk proses pelupusan.

Setiap hari, kira-kira 3,480 tan sampah dari kawasan perumahan di Klang, Shah Alam, Puncak Alam dan Petaling Jaya berakhir di pusat pelupusan sampah ini.

Pada tengah hari, pekerja akan menyelesaikan tugas di pusat pelupusan dan kembali ke depoh pekerja.

Sebaik sahaja tiba, kerja pembersihan bermula, setiap lori akan dicuci sebelum pulang.

Pekerja asing diberikan asrama tempat tinggal.

Sebahagian daripada mereka biasa membeli ayam hidup dari pasar untuk dimasak sebagai juadah bersama.

Para pekerja membasuh baju dan mandi selepas seharian bekerja.

Ada yang berehat atau melakukan aktiviti harian yang lain.
Ada yang berehat atau melakukan aktiviti harian yang lain.
- Iklan -
Ayam hidup yang dibeli akan disembelih dan diproses sendiri.

Ayam dibersihkan dan sisa bulunya akan dicabut sebelum dibawa ke dapur.

Seorang pekerja duduk di atas lantai, mengupas bawang putih dan bawang merah untuk dimasak bersama ayam tadi.

Ada juga yang ditugaskan mencuci ayam yang telah dipotong, mereka melakukan semua aktiviti itu beramai-ramai.

Pekerja mempunyai ruang dapur untuk memasak di asrama.

Ketika petang, selepas selesai makan, mereka akan kembali ke katil untuk berehat. Ada yang menelefon keluarga di negara asal dan yang lain menonton filem di telefon bimbit. Mereka akan kembali bekerja pada pukul 3 pagi keesokan harinya.