- Iklan -
AndersonKalang11_Mnow_211222
Galeri

Alunan lagu Krismas Sarawak di pusat bandar KL

Pemain sape profesional Anderson Kalang telah meraih pelbagai anugerah, namun dia gembira menghiburkan orang ramai dengan bermain sape di jalanan ibu kota Kuala Lumpur.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Anderson Kalang, yang merupakan seorang anak Kelabit dari Miri, Sarawak, adalah pemain sape profesional yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai enam buah sape, sebahagian daripadanya adalah sape tradisional manakala yang lain moden dan menggunakan elektrik. Instrumen ini berakar berasal dari suku Kenyah, minoriti pribumi di utara Sarawak.

Sape kegemarannya ditandatangani oleh rakan-rakan pemain sape serta pemain gitar dan penyanyi Malaysia, termasuk Alena Murang, Jerry Kamit, Matthew Ngau Jau, Hillary Ang dan Amy Search.

Anderson telah mengubah suai salah satu bilik di rumahnya menjadi studio muzik di mana dia berlatih atau menggubah lagu agar sesuai dengan alat muzik.

Anderson terlibat dalam penghasilan lagu Keluarga Malaysia, dia menyumbang muzik sape dalam lagu itu.

Anderson bermain versi rock lagu Krismas popular, Feliz Navidad. Dia lebih suka muzik rock namun dia juga gemar menggabungkan jazz dan blues dalam muziknya.

Dia juga sering dipaparkan dalam artikel berita dan penulisan mengenai industri muzik sape.

Beliau telah memenangi banyak trofi dan anugerah sepanjang kariernya dalam muzik, termasuk Anugerah Muzik Pelancongan Orang Asli yang diterima daripada Datuk Bandar Miri pada 2019.

Menjelang Krismas, dia sibuk memasang hiasan perayaan di rumahnya.

Anderson juga adalah seorang jurugambar, dan kamera lamanya diletakkan di sebelah pokok Krismas mini di rumahnya.

Sempena Hari Krismas, Anderson membawa sapenya menuju ke Bukit Bintang, di pusat bandar Kuala Lumpur.

Berpakaian tradisional, dia membuat persembahan di kaki lima berhampiran pusat beli-belah sambil memberikan senyuman kepada mereka yang lalu lalang.

Saat-saat yang paling menggembirakan ialah apabila orang ramai termasuk kanak-kanak terhibur dengan persembahannya.

Alunan muzik sape yang dimainkan Anderson menghangatkan suasana.

Selepas persembahannya berakhir, dia berkemas dan pulang ke rumah dengan senyuman puas di wajahnya.