- Iklan -
Painterofdream14_Mnow_291222
Galeri

Pelukis alam mimpi

Nurul Hayati Ahmad sememangnya meminati seni namun baru-baru ini dia menemui bakatnya dalam seni lukisan.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Setiap bulan, Akademi Remaja Islam Autisma menganjurkan rumah terbuka di mana Norhayati dijemput mempamerkan lukisannya.

Seorang pelawat berhenti untuk bercakap dengan Norhayati mengenai hasil kerjanya.

Baru-baru ini, Norhayati turut diminta mengadakan pameran solo hasil karyanya di sebuah galeri mini di Hulu Kelang.

Di luar rumah, dengan dikelilingi cahaya matahari dan alam semulajadi, Norhayati sibuk melakukan aktiviti yang disukainya.

Salah satu lukisannya menggunakan akrilik di atas kanvas 70cm X 70cm bertajuk 'Autumn Sunlight', dijual pada harga RM5,000.

Dia berhasrat untuk terus mengembangkan bakatnya, supaya dia dapat membantu orang lain dan terus belajar.

Norhayati Ahmad pernah menceburi industri kecantikan namun kini dia melukis sejak beberapa tahun lalu.

Dia memiliki spa di Ampang, dan menjalani kehidupan yang sibuk sebagai ibu kepada empat orang anak. Namun, semasa pandemik perintah kawalan pergerakan Covid-19, dia dan anak bongsunya, Arissa, menghabiskan hari mereka dengan melukis.

Norhayati dan Arissa menyiapkan lukisan batik di atas kanvas menggunakan cat akrilik. Walaupun Norhayati masih mengawasi perniagaan spa, dia tetap meluangkan masanya untuk mempelajari teknik lukisan secara dalam talian.

Norhayati mula serius dengan seni pada awal 2022. Lukisan di sebelah kiri ialah lukisan pertama yang berjudul 'Little Cabin’ dan di sebelahnya ialah pemandangan malam hasil karya Arissa.

Norhayati memang meminati seni tetapi hanya menyedari bakatnya sendiri semasa tempoh PKP. Ketika ini, banyak masanya dihabiskan di galeri seni, menikmati hasil karya pelukis lain dan mengambil inspirasi untuk karyanya sendiri.

Norhayati menyifatkan dirinya sebagai ‘painter of dreams’ kerana mengambil sebahagian besar inspirasi daripada seni Barat oleh pelukis AS Thomas Kinkade. Dia suka melukis pemandangan berwarna-warni yang dipenuhi dengan bunga dan cahaya.

Kebanyakan lukisannya dibuat di sebuah ruang di rumahnya, salah satu tempat kegemarannya untuk bekerja.

Norhayati menyiapkan hampir 20 lukisan sejak mula berkarya pada awal 2022. Ada hasil karya yang telah dijual. Dan ada juga hasil jualan lukisannya didermakan kepada pusat autisme di Hulu Kelang.