Upacara ‘Puja Pantai’ masyarakat Orang Asli Mah Meri
Orang Asli Mah Meri dari Kampung Sungai Judah di Pulau Carey mengadakan upacara tahunan di pantai bagi meminta perlindungan dan rezeki daripada nenek moyang mereka.
Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Pelbagai jenis makanan diletakkan di atas pelantar untuk dipersembahkan kepada roh laut dalam ritual kesyukuran yang dinamakan ‘Puja Pantai’.
Sebaik tiba, mereka menunggu air surut sebelum memulakan pemujaan.
Seorang lagi bomoh menari di bawah 'mahligai' sambil melihat penduduk kampung.
Penduduk kampung membentangkan persembahan makanan di ‘mahligai’ yang disediakan sejak awal lagi.
Upacara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari berdekatan pantai.
Penduduk berarak menuju ke Pantai Tanjung kira-kira 2km dari perkampungan mereka, bersemangat untuk menjalankan upacara penting ini.
Bomoh menyapu serbuk beras pada muka seorang remaja perempuan sebagai sebahagian daripada upacara itu.
Penduduk kampung berkumpul mengelilingi ‘mahligai’ yang diletakkan di tengah-tengah pantai ketika upacara bermula.
Seorang bomoh melaungkan sesuatu bagi menyeru lebih banyak roh nenek moyang.
Seorang bomoh memulakan pemujaan roh nenek moyang Mah Meri.
Remaja perempuan Mah Meri selesa memakai pakaian tradisional mereka.
Seorang bomoh yang masih dipukau, memeluk seorang penduduk kampung ketika upacara itu berakhir.
Sebaik air surut, bomoh akan menuju ke pelantar yang dipanggil mahligai itu untuk memulakan upacara ‘Puja Pantai’.
Bomoh bersiap untuk turun dari ‘mahligai’, selepas persembahan selesai.
Bendera berwarna kuning diletakkan setiap penjuru ‘mahligai’.
Seorang lagi bomoh yang dalam keadaan dipukau, berjalan ke tepi pantai sambil ditemani pembantunya.
Pelantar kayu atau dipanggil mahligai bagi masyarakat Mah Meri yang dipenuhi pelbagai jenis makanan itu diletakkan di tengah-tengah pantai.
Seorang penduduk kampung mula dirasuk sebaik perarakan menuju ke pantai.
Di luar dewan, penduduk kampung yang lain membawa bendera kuning dan peralatan pemujaan yang digunakan sewaktu upacara tersebut.
Upacara 'Puja Pantai' diiringi dengan alunan muzik tradisional yang dimainkan bersama instrumen seperti gendang dan biola.
Masyarakat Mah Meri berkumpul di dewan untuk membuat persiapan bagi majlis tersebut.