- Iklan -
OKUbuta19_Mnow_240223
Galeri

Kehidupan seharian orang cacat penglihatan

Walau tidak dapat melihat seperti orang biasa, mereka tetap tempuhi kehidupan seperti biasa malah berdikari, bekerja dan menikmati pelbagai aktiviti termasuk bersukan.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Sekumpulan individu cacat penglihatan melintas jalan di Brickfields, Kuala Lumpur.

Ada yang mencari rezeki dengan menjual barangan kecil seperti tisu di sepanjang kaki lima di ibu kota.

Ada juga yang berjalan dari satu meja ke meja di kedai makan, dengan harapan mendapat pelanggan yang bersimpati dengan nasib mereka.

Bagi Mohd Zamha Abd Wahab, inilah kehidupannya sejak berumur 17 tahun.

Dia belajar di sekolah khas di Setapak sebelum menuntut dalam bidang fisioterapi di sebuah kolej di Cyberjaya. Sekarang, dia bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Sungai Besi.

Rakan sekerjanya, Azril Che Ibrahim, juga cacat penglihatan, menggunakan komputer dengan bantuan perisian suara.

Zamha juga menggunakan WhatsApp untuk menyemak tempahan pelanggan, juga dengan bantuan perisian yang tersedia untuk orang sepertinya.

Pada waktu senggang, dia akan bermain permainan di telefon, termasuk catur yang menjadi kegemarannya. Zamha bermain sambil mengikuti arahan yang diberikan oleh perisian dalam telefon pintarnya.

Pada hari cuti, Zamha bangun awal untuk berjoging bersama rakan-rakannya di Cheras. Dia bekas pemain bola sepak, malah pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan bola sepak untuk orang kurang upaya.

Kini, selepas bersara, dia menghabiskan masanya melatih pemain baru.

Dalam pada itu, Zamha mahir menggunakan tongkatnya, malah tidak ada masalah untuk naik dan turun tangga di pangsapurinya.

Dia juga sering menziarahi kawan-kawan dan menghabiskan masa bermain permainan video bersama mereka.

Oleh kerana tidak dapat melihat skrin, Zamha bermain sambil mendengar suara pengulas.

Razlan Ibrahim Mokhtar pula bekerja di sebuah syarikat teknologi dan memiliki ijazah pemasaran dari University of South Australia.

Razlan bekerja dengan menggunakan perisian pembaca skrin serta peranti luar yang membantunya menterjemah sesuatu ke dalam Braille.

Pada waktu luangnya, dia akan bermain Lego, membina kenderaan dan bangunan dengan bantuan isterinya, Nadia.

Dengan teliti, Razlan menggunakan deria sentuhannya serta arahan Nadia bagi menyiapkan setiap projek baru.

Setiap model yang berjaya disiapkan menjadi kemenangan kecil namun bermakna buatnya.

Razlan juga suka bermain catur bersama Nadia.

Malah aktiviti luar seperti berenang juga tidak menjadi masalah baginya.

Walaupun hidup adalah cabaran buat Razlan dan orang cacat penglihatan sepertinya, mereka kekal bermotivasi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Dia pernah mewakili beberapa negeri dalam pasukan bola gol Australia. Gambar Razlan dan pasukannya ini diambil selepas mereka merangkul pingat emas dalam pertandingan Goalball Australia pada 2017.