Belajar sambut 1 Syawal dengan status ‘bukan warganegara’
Nurul Akashah melakukan apa yang termampu untuk mencari rezeki halal tanpa memikirkan sambutan yang mewah.
Gambar oleh Djohan Shahrin
Nurul Akashah merupakan anak yatim piatu berketurunan Melayu-Cina. Pada usia 26 tahun, dia bergelut untuk terus hidup kerana tidak memiliki taraf kewarganegaraan.
Akashah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1997. Namun, tiada rekod tersedia mengenai bapanya, seorang bekas pegawai polis yang merahsiakan perkahwinan dengan ibunya, seorang wanita Cina Indonesia.
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mendapatkan status kewarganegaraannya termasuk menghantar dua pucuk surat kepada menteri dalam negeri dan mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri, namun semuanya gagal.
Dia menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan tetap ekoran status bukan warganegaranya. Akan tetapi dia boleh mengajar kelas muzik.
Linangan air mata mengenangkan zaman kanak-kanaknya, di mana dia dan tiga adik-beradiknya sering didera bapa mereka.
Dia tidak membuat sebarang persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri tetapi mengimpikan untuk menyambutnya secara meriah suatu hari nanti seperti rakyat Malaysia yang lain.
Dia meluangkan masa berbual dengan salah seorang adiknya, yang tinggal bersama seorang kakak tirinya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sama seperti Akasha, abangnya itu juga memegang status sebagai bukan warganegara.
Akashah hanya bergantung kepada pengangkutan awam kerana dia tidak boleh memohon lesen memandu kerana status kewarganegaraannya.
Selain mengajar muzik, dia juga bekerja sambilan di sebuah gerai makanan. Akashah akan menaiki kereta api untuk ke sana.
Sebaik sahaja dia tiba, Akashah mula sibuk menyusun peralatan dan membuat persiapan awal sebelum membuka gerainya itu.
Seorang pelanggan membayar wafel dari gerainya di Putrajaya.
Akashah sedang menyiapkan wafel yang dipesan oleh pelanggan lain. Dia hanya bekerja di gerai itu apabila majikannya memerlukan bantuannya, dan dibayar gaji harian secara tunai.
Dia cepat belajar dan rajin bekerja di gerai itu.
Selepas seharian bekerja, dia sempat singgah ke bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Seorang pembantu jualan membantunya untuk mencuba pakaian sambil mukanya tersenyum malu.
Akashah akhirnya membeli baju yang dicubanya itu. Walaupun tidak seberapa, namun dia tetap gembira kerana dapat membeli baju baru hasil titik peluhnya sendiri bagi menyambut 1 Syawal nanti.