- Iklan -
Buluh-MNow-120423-4
Galeri

Pencarian buluh lemang menjelang Aidilfitri

Pencari buluh, Hasan menghabiskan masa seharian bagi mencari tumbuhan itu di dalam hutan, bahagian penting lemang yang dinikmati pada pagi Aidilfitri.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Seawal jam 7 pagi setiap hari, Hasan akan mula masuk ke dalam hutan di Hulu Langat bagi mencari batang buluh yang akan dijual kepada orang tengah.

Dia mengikat bakul besar di belakang motosikalnya yang telah diubah suai.

Setiap batang buluh yang sesuai akan dipotong dengan cermat berhampiran akarnya.
Setiap batang buluh yang sesuai akan dipotong dengan cermat berhampiran akarnya.
- Iklan -
Hasan akan menggergaji batang buluh berkenaan mengikut ruas kira-kira 17 inci panjang – saiz yang sesuai untuk membakar lemang.

Dia mengikat buluh menggunakan tali rafia bagi memastikan tiada yang terjatuh semasa perjalanan pulang.

Setiap ikatan buluh itu dimasukkan ke dalam bakul, yang akan diikat di belakang motornya.

Berat buluh boleh mencapai kira-kira 20kg untuk sebakul penuh.

Hasan menunggang motosikalnya secara berhati-hati ketika keluar dari hutan bagi mengelakkannya tergelincir.

Dia sudah biasa dengan suasana hutan ketika menunggang motosikalnya pulang ke rumah.

Sebaik dia keluar dari hutan, Hasan menyimpan buluh-buluh itu di dalam pondok untuk memastikan ia kering sementara menunggu orang tengah mengambilnya.

Setiap ikatan diseimbangkan dengan teliti dalam longgokan.

Hasan menunjukkan tangan yang berlumuran dengan kotoran setelah seharian bekerja.

Batang buluh yang dikumpulnya akan digunakan di gerai lemang seperti ini. Ia akan dibasuh terlebih dulu oleh pekerja sebelum diisi dengan beras.

Seorang pekerja menggunakan senduk besi untuk mengisi sebatang buluh dengan beras.

Batang buluh itu kemudiannya diletakkan berdekatan dengan api bagi memastikan berasnya masak.

Setelah lemang masak, batang buluh tersebut dimasukkan ke dalam troli, sedia untuk dijual kepada pelanggan.