Dentuman Meriam Talang meriahkan sambutan malam Aidilfitri
Berpuluh-puluh dentuman daripada meriam besi dilepaskan dalam acara tradisi sejak puluhan tahun lalu di Kuala Kangsar bagi menandakan bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Pengunjung memenuhi kawasan sawah padi di Kampung Talang, Kuala Kangsar bagi menyaksikan acara tradisi 'Meriam Talang' menjelang Aidilfitri.
Seorang lelaki melaraskan penutup salah satu meriam untuk memastikan kesesuaiannya.
Sebuah tong diisi dengan campuran petrol dan diesel, yang akan digunakan untuk menyalakan obor untuk menembak meriam.
Para 'pemain' – kebanyakannya belia tempatan – berkumpul untuk diberi taklimat sebelum acara bermula.
Para pemain bersiap sedia dengan obor sementara menunggu arahan untuk melepaskan tembakan.
Orang ramai bersorak ketika salah satu meriam berdentum dan memuntahkan api.
Acara turut diselitkan dengan pertunjukan bunga api.
Lebih banyak dentuman meriam dilepaskan sepanjang malam.
Pengunjung menggunakan telefon pintar pada jarak selamat merakam aksi melepaskan dentuman Meriam Talang.
Seorang lelaki dan anaknya menutup telinga mereka apabila satu lagi dentuman dilepaskan dari meriam.
Di kampung berdekatan Kampung Ribu, kemeriahan berterusan apabila pengunjung berpusu-pusu ke replika Masjid Wilayah Persekutuan, yang dihasilkan daripada 1,600 pelita.
Seorang kanak-kanak lelaki menyalakan bunga api daripada salah satu pelita.
Kanak-kanak lain bermain dengan pelita di atas tanah.