Selamat tinggal Kampung Koskan Tambahan
Penduduk yang masih tinggal di perkampungan itu buntu ke mana hendak mereka pergi selepas kontraktor mula merobohkan rumah yang dikosongkan satu persatu.
Gambar oleh Djohan Shahrin
Pemandangan udara Kampung Koskan Tambahan, sebuah perkampungan kecil di Serendah, Rawang, hanya didiami 12 keluarga atau 45 orang penduduk.
Pada siang hari, kebanyakan kaum lelaki dan anak muda berada di luar bekerja manakala wanita tinggal di rumah bersama anak-anak.
Orang kampung menerima surat hari itu daripada posmen.
Kebanyakan barangan keperluan harian mereka dibeli daripada Siva, seorang peniaga yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan barang jualannya menggunakan van.
Siva juga menjual barangan mentah, membawa sayur-sayuran yang disusun rapi di dalam bakul di belakang van.
Penduduk Kampung Maszahar Hashim memegang sepucuk surat dari Pejabat Tanah Hulu Selangor yang menyatakan bahawa penduduk menduduki tanah persendirian meskipun mereka percaya ia tanah rizab kerajaan.
Pemandu lori Mohd Saufi Md Kasim merupakan generasi ketiga yang tinggal di kampung itu. Dia dan isteri berkongsi rumah kecil bersama lima anak mereka.
Dengan arahan pengusiran yang diberikan kepada penduduk kampung, dia kini mesti mencari rumah baru.
Mohd Khalid Md Kasim pernah menternak kambing tetapi kini ladangnya kosong kerana telah menjual segala-galanya sejak menerima notis pengusiran.
Penduduk berkumpul di pintu masuk kampung untuk bertemu dengan pemilik tanah dan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian serta pegawai mahkamah.
Pekerja Tenaga Nasional Berhad tiba untuk memotong bekalan elektrik.
Penduduk kampung memegang papan tanda, membantah arahan pengusiran.
Kanak-kanak menyertai orang dewasa memegang papan tanda dan sepanduk.
Penduduk kampung berkumpul untuk berunding dengan pemilik tanah dan pegawai khas kepada menteri besar Selangor, tetapi akhirnya proses pengusiran dan perobohan diteruskan.
Polis dari balai Serendah tiba untuk mengawal keadaan.
Penduduk kampung melihat jentolak mula merobohkan salah satu rumah.
Orang lain melihat dari rumah mereka ketika rumah-rumah yang tidak berpenghuni dirobohkan satu persatu.
Ini adalah rumah ditinggalkan penduduk kampung yang telah berpindah ke tempat lain.
Kanak-kanak hanya mampu melihat apa yang sedang berlaku.
Apa yang mereka boleh lakukan ialah melihat kontraktor merobohkan rumah yang dikosongkan satu persatu.