- Iklan -
NelayanDarat11_Mnow_100523
Galeri

Nelayan malam di Gerik

Tidak seperti kebanyakan nelayan, mereka keluar pada waktu malam dan pulang pada keesokan harinya.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Pemandangan daripada udara Tasik Bersia, kawasan empangan di Hulu Perak, menempatkan stesen janakuasa Sultan Azlan Shah yang membekalkan tenaga hidroelektrik ke negeri Perak dan Pulau Pinang.

Ramai penduduk kampung bekerja sebagai nelayan, mencari rezeki daripada ikan air tawar yang ditangkap di sungai dan tasik.

Mereka meletakkan peralatan memancing dengan berhati-hati kerana tidak mempunyai jeti yang sesuai untuk menambat bot.

Tidak seperti kebanyakan nelayan, mereka keluar pada waktu malam, menggunakan lampu yang dipasang pada bot untuk menarik perhatian ikan.

Bagi nelayan ini, hari bekerja bermula pada waktu petang, ketika matahari mula terbenam.

Wan Ikmal Izham Wan Yusof, 26, keluar menaiki bot sejak berusia lima tahun dan kini mengambil alih tugas itu daripada bapanya.

Wan Ikmal menunggu dengan penuh sabar waktu yang sesuai untuk menyauk ikan.

Apabila keletihan, dia baring di dalam botnya untuk berehat sambil membiarkan lampu menyala bagi menarik perhatian ikan.

Dia menggunakan pukat untuk menyauk ikan yang datang berhampiran botnya.

Hasil tangkapan pada hari ini tidak begitu memberangsangkan disebabkan oleh pencemaran air di kawasan itu.

Dia mengeluarkan ikan-ikan dari pukatnya dan memilih mengikut saiz.

Pada waktu subuh, dia bertolak pulang ke rumah.

Hasil tangkapan diletakkan di dalam kotak polisterin.
Hasil tangkapan diletakkan di dalam kotak polisterin.
- Iklan -
Apabila dia sampai ke tebing, dia memunggah kotak hasil tangkapannya semalam.

Sebaik tiba di rumah, dia membilas ikan yang dibawa balik sambil berbual dengan bapanya tentang hasil tangkapan malam itu.

Ikan renik yang ditangkapnya, menjadi sumber pendapatan keluarga.

Wan Ikmal menimbang ikan renik dan membungkusnya ke dalam peket kecil.

Setiap peket ikan renik dibungkus dengan cermat sebelum dijual kepada pemborong untuk dipasarkan ke Kuala Lumpur.