Himpunan peminat dan pemilik kereta Volkswagen
Kira-kira 130 pemilik kereta jenama Volkswagen berkumpul sempena perkhemahan di Janda Baik, Bentong di Pahang.
Gambar oleh Djohan Shahrin
Para peserta Volkscamp mula berkumpul dalam acara yang menghimpunkan kira-kira 130 pemilik Volkswagen di tapak perkhemahan Santai Riverside di Janda Baik, Bentong di Pahang baru-baru ini.
Pelbagai model dan jenis kenderaan jenama Volkswagen dapat dilihat di tapak perkhemahan itu, termasuk kereta klasik yang jarang dilihat di jalan raya.
Sebuah keluarga dilihat menggunakan Volkswagen Kombi 1976 yang diubah suai bagi menampakkannya lebih moden dengan struktur badan lebih rendah.
Ahli jawatankuasa pengelola memberi isyarat bagus kepada peserta yang baru tiba di tapak perkhemahan.
Pemilik sebuah kereta Volkswagen model Beetle membuat kelainan dengan menampilkan unsur karat dan lusuh pada badan keretanya.
Keluarga yang berkumpul duduk dan berbual di bawah khemah.
Mereka bertukar-tukar cerita dan maklumat berkaitan mekanik serta pengedar alat ganti terbaik bagi kereta klasik itu.
Seorang peserta mengelap kereta Beetle warna kuning miliknya yang dibeli pada tahun 2002. Dia memperuntukkan masa selama empat tahun untuk membaikinya.
Pandangan enjin sebuah kereta Volkswagen model Beetle, masih kelihatan bersih dan dijaga dengan baik.
Pelekat kereta menghiasi cermin Volkswagen model Transporter Type 2.
Peserta duduk di atas kerusi boleh lipat berhampiran kereta klasik mereka antarnya Fastback Type 3, Kombi dan Beetle.
Peserta lain bersedia untuk mengikuti beberapa aktiviti riadah yang diaturkan di tapak perkhemahan itu.
Pemilik kereta Volkswagen duduk di tempat teduh sambil berbual dan berkenalan dengan kawan baru dari seluruh negara.
Beberapa peserta memandu sebuah Beetle yang diubah suai di sekitar kawasan Janda Baik.
Peserta lain memasang khemah dengan gaya tersendiri, lengkap dengan tikar, meja, kerusi dan kipas.
Mereka meluangkan masa dengan berbual sesama sendiri bertukar-tukar cerita sambil mendengar muzik.
Gerai jualan aksesori dan alat ganti kenderaan turut dibuka di tapak perkhemahan itu.
Para peserta berehat di tapak khemah masing-masing bersebelahan kereta Kombi Type 1 dan Beetle.
Suasana tapak perkhemahan pada waktu malam.
Beberapa peserta membakar barbeku berhampiran sungai.
Seorang wanita mengawasi anak-anaknya sewaktu bermain di dalam khemah.
Seorang lelaki menggunakan telefon pintar di dalam kereta Kombi miliknya yang dihiasi dengan lampu.