Pupuk semangat patriotisme dengan busana Jalur Gemilang
Tukang jahit Helmaliza Md Isa agak sibuk sepanjang Ogos bagi mengubah Jalur Gemilang menjadi sebuah busana patriotik untuk kanak-kanak yang akan mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan dan aktiviti bertemakan kemerdekaan di sekolah.
Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Helmaliza Md Isa memeriksa baju kebaya bertemakan Jalur Gemilang yang dihasilkannya di kedai jahitnya di Klebang Restu, Ipoh, sebagai persiapan menyambut Hari Kebangsaan.
Wanita berusia 41 tahun itu cermat menggunting sehelai kain kuning bagi menghasilkan selendang untuk dipadankan dengan koleksi kebaya Jalur Gemilangnya.
Dia duduk di mesin jahitnya, berlatar belakangkan pakaian bertemakan Jalur Gemilang yang sudah siap dihasilkannya.
Semasa Helmaliza tekun menjahit, pembantunya pula menampal lambang bulan sabit dan bintang di atas tengkolok.
Sewaktu Helmaliza memotong dan menjahit, beberapa pelanggan datang ke kedainya bagi membeli koleksi pakaian unik untuk anak-anak mereka sempena Hari Kebangsaan.
Helmaliza membantu seorang kanak-kanak mengenakan kostum Tun Fatimah, yang merupakan sebahagian daripada koleksi Jalur Gemilangnya.
Nur An'nissa Humaira, 6, yang sedang melakukan persiapan untuk perarakan Hari Kebangsaan di sekolahnya, teruja mencuba busana tersebut di hadapan cermin.
Helmaliza membuka resit kepada pelanggan yang membeli salah satu daripada koleksi Hari Kebangsaan yang dihasilkannya.
Pada waktu lapang, Helmaliza memakaikan anak perempuannya yang berusia 9 tahun, Zahra, dengan rekaan terbaiknya dan berkongsi karya tersebut di akaun media sosialnya.
Helmaliza meletakkan keris pada peragawati cilik yang mengenakan pakaian Tun Fatimah hasil rekaan khasnya sebelum dimuat naik pada akaun media sosialnya.
Helmaliza mengambil gambar anak perempuannya yang memakai baju kebaya bertemakan Jalur Gemilang dan memuat naik pada akaun Facebook dan TikToknya.
Zahra memperagakan kostum Jalur Gemilang bertemakan Tun Fatimah yang dihasilkan Helmaliza di kedai jahitnya.
Beberapa koleksi Helmaliza digantung dan dipamerkan di kedainya.
Baju kebaya Jalur Gemilang yang indah diletakkan di depan kedai jahit Helmaliza.
Helmaliza bergambar dengan salah satu koleksi baju kebaya bertemakan Jalur Gemilang yang dihasilkannya di kedai jahitnya di Klebang Restu, Ipoh.