Seni pembuatan tauhu
Selama bertahun-tahun, Naim Samin, 65, mahir membuat tauhu daripada kacang soya, menjualnya ke seluruh pasaran tempatan di Sepang, Selangor.
Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Naim bersama dua pembantunya menjalankan operasi membuat tauhu di bangsal bersebelahan rumahnya.
Kacang soya segar direndam semalaman dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Sebanyak 120kg kacang soya digunakan sehari.
Salah seorang pembantu Naim, Rahmat, 59 tahun, memasukkan kacang soya yang direndam ke dalam penapis.
Rahmat menuang kacang soya ke dalam mesin pengisar, sambil mencampurkannya dengan air panas.
Dia mengacau kacang soya yang telah siap diproses dan membuang sebarang buih untuk mengelakkan daripada basi.
Setelah bancuhan kacang soya disediakan, ia dituangkan ke dalam acuan papan lapis yang dialas dengan kain kasa.
Sebaik sahaja tauhu siap, Naim memulakan proses pemotongan.
Dia mahir menghunus pisau untuk menghiris tauhu.
Naim berhati-hati menyusun tauhu ke dalam bekas.
Tauhu itu disusun dengan teliti dalam bekas yang direndam air untuk mengekalkan bentuknya.
Bekas-bekas ini ditanda dan digunakan secara khusus oleh Naim untuk penghasilan tauhunya.
Pesanan tauhu pelanggan dicatat pada sehelai kertas.
Naim mesra melayani pelanggan yang membeli tauhu dari kilangnya, dengan harga 25 sen sekeping.
Naim mampu menghasilkan antara 4,000 hingga 5,000 keping tauhu di kilang kecilnya setiap malam.