Bertahan dengan kos sara hidup
Ketika negara bergelut dengan krisis makanan dan lonjakan harga, sesetengah pengguna menggunakan produk tempatan yang lebih murah, manakala yang lain berusaha untuk berdikari dengan menanam makanan mereka sendiri.
Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani
Pembeli memilih ikan di sebuah pasar di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pengguna memilih pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasar pagi.
Peniaga memotong ayam di gerainya.
Seorang wanita mengangkat sekampit beras import di sebuah pasar raya di Subang, Selangor, ketika kebanyakan beras tempatan habis dijual.
Ruang meletak beras putih tempatan kosong susulan bekalan berkurang di negara ini.
Beberapa kampit beras putih import disusun kemas di dalam troli di sebuah pasar raya.
Notis daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dilekatkan pada rak, memaklumkan pelanggan tentang kenaikan harga beras putih import di sebuah pasar raya.
Pelekat 'Habis Stok' dilekatkan pada rak bahagian beras tempatan di pasar raya.
Seorang wanita memeriksa telefonnya sambil menghadap rak minyak masak kosong, yang turut menyaksikan kenaikan harga.
Beberapa paket gula putih disusun di atas rak di sebuah pasar raya di Putrajaya, dengan notis yang menunjukkan ‘terhad tiga paket setiap keluarga’.
Pembeli membuat pilihan makanan laut segar di sebuah pasar raya.
Pengguna beratur untuk membuat pembayaran di sebuah pasar raya.
Seorang peniaga menunggu pelanggan di hadapan gerainya di sebuah pasar.