- Iklan -
PreRaya16_Mnow_290324
Galeri

Sibuk menjelang Raya

Daripada kuih dan pakaian sehinggalah kepada songkok dan capal, peniaga bergegas memenuhi aneka tempahan menjelang musim perayaan.

Gambar oleh MalaysiaNow

Di sebuah medan selera di Keramat Mall, seorang pegawai kerajaan berjalan sambil beberapa pekerja sibuk menyiapkan tempahan kuih raya.

Pelanggan mengambil tempahan mereka daripada bekas atlet paralimpik negara Noorlizah Salman, yang lumpuh dari pinggang ke bawah sejak berusia 16 tahun. Walaupun berkerusi roda, Noorlizah berjaya melariskan perniagaannya membekalkan kuih musim perayaan sejak 10 tahun lalu.

Suaminya, Hashim Mahmud, juga seorang OKU, turut sama membantunya Orang Kelainan Upaya membantunya setiap Ramadan, malah mengambil cuti tanpa gaji bagi menguruskan perniagaan kecil mereka.

Setiap tahun, mereka mengupah pekerja bagi menyiapkan tempahan yang mendadak. Tahun ini, seramai 22 pekerja sambilan diambil untuk menyiapkan 20 jenis kuih raya.

Seorang pekerja menyiapkan tempahan Kuih Sarang Semut versi Johor.

Tukang jahit Mazwan Abdullah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam pembuatan pakaian lelaki, dan antara pelanggannya ialah bekas menteri, Allahyarham Zainuddin Maidin.

Draf ukuran dan lakaran tempahan baju Melayu tergantung di dinding, bersebelahan dengan kalendar untuk mengurus pembahagian masa supaya siap sebelum Hari Raya.

Walaupun kedainya kecil, tahun ini dia menerima kira-kira 200 tempahan baju Melayu dan baju batik. Dia mengambil pesanan terakhirnya tiga bulan sebelum Ramadan.

Siti Hartini Rasudin juga seorang tukang jahit dengan 27 tahun pengalaman membuat baju kurung. Dia pernah menyiapkan baju batik ditempah oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika bekerja di Pusat Jahitan Pakaian Lelaki di Kuala Lumpur.

Siti Hartini dan seorang pelanggan memeriksa enam set pakaian yang ditempah menjelang Hari Raya tahun ini.

Risnaldy Bachtiar seorang pembuat songkok yang menyambung  perniagaan bapanya.

Risnaldy melayani seorang pelanggan yang mencari songkok tebal.

Sebahagian stok songkok di sini adalah hasil tangan arwah ayahnya yang terkenal dengan pembuatan songkok di Kuala Lumpur dan Selangor.

Irwan Shah Mansor Din merupakan seorang pembuat capal sejak 15 tahun.

Kemudian, Irwan memaku tapak untuk dilekatkan di bahagian bawah, yang sudah diratakan dengan kertas pasir, membolehkannya melekatkan beberapa lapisan lagi.

Wahab Syamaruddin juga berkecimpung dalam pembuatan capal selama 37 tahun, dan produknya turut mendapat tempahan luar negara.

Dia melakukan kerjanya dengan penuh teliti, memotong setiap bahagian dengan tepat sebelum mencantumkan semuanya.

Capal yang telah siap dipamerkan dalam meja cermin.

Sebahagian capal pelbagai saiz yang siap dibuat. Capalnya Cap Kancil Emas adalah popular di kalangan mereka yang mementingkan gaya warisan Melayu untuk dilengkapkan dengan pakaian baju Melayu.