Kekuatan ketenteraan dipamerkan pada pameran pertahanan Kuala Lumpur
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia melibatkan lebih 1,300 syarikat termasuk firma terpalit kontroversi berkait dengan operasi Israel di Gaza.
Gambar oleh MalaysiaNow
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur berlangsung dari 6 hingga 9 Mei melibatkan 1,324 syarikat dari dalam dan luar negara.
Kakitangan dari syarikat persenjataan dan aeroangkasa Lockheed Martin kelihatan di pintu masuk utama dewan pameran. Kehadiran firma itu pada pameran di Kuala Lumpur telah mencetuskan bantahan daripada beberapa kumpulan berhubung kaitannya dengan Israel.
Petugas menunggu kehadiran pengunjung ke reruai BAE Systems. Firma aeroangkasa, pertahanan dan maklumat keselamatan yang berpangkalan di London.
Anggota tentera udara Zahani Zainal Abidin mendengar penerangan daripada jurucakap BAE Systems mengenai simulator peperangan berteknologi tinggi.
Beberapa pengunjung melawat ruang pameran L3Harris.
Jurucakap Leupold memberi taklimat kepada kakitangan pertahanan Malaysia mengenai teknologi senjata syarikat itu.
Seorang kakitangan angkatan tentera berbual dengan jurucakap Colts ketika pameran senjata termasuk pistol, senapang, senapang patah dan mesingan.
Seorang pengunjung wanita meneliti replika helikopter perang Agusta AW149 buatan Itali.
Jurucakap daripada MBDA pembangun dan pengeluar peluru berpandu Eropah memberi taklimat kepada pengunjung tentang produk syarikat itu.
Aimpoint yang berpangkalan di AS juga antara syarikat yang membekalkan peralatan kepada tentera Israel.
Wakil daripada NGO pro-Palestin memegang sepanduk membantah kehadiran firma yang dikaitkan dengan Israel dan operasi ketenteraannya di Gaza.
Sepanduk dan replika mayat kanak-kanak yang dibalut kain kafan dibawa ketika protes.
Seorang pelawat mencuba Shotgun Escort VX12 buatan Turki.
Kakitangan pertahanan bertanyakan soalan mengenai peralatan Pertahanan LMT buatan Amerika Syarikat.
Peluru hidup 7.62x39mm dipamerkan di dewan pameran Pavilion Emiriah Arab Bersatu.
Bom tangan RPG anti-kereta kebal juga dipamerkan di pameran itu.
Bom Repkon buatan Turki yang digunakan pada kapal dan jet pejuang.
Pelawat berbincang di bilik pameran senjata B&T buatan Amerika Syarikat.
Replika kapal Multi Purpose Attack Craft (MPAC) buatan Turki dipamerkan.
Sebuah kenderaan FSV 6x6 PARS III dipamerkan pada pameran itu. PARS III 6x6 FSV dibangunkan untuk memuatkan meriam Venom LR 30x113mm yang dilengkapi dengan sistem AEI - sistem kawalan jauh terkini bersama Turret TEBER-II.
Seorang wanita memegang mesin gun di dewan pameran Iran.
Drone GAZA buatan Iran, dinamakan sempena perjuangan rakyat Palestin semasa krisis Israel-Palestin 2021.
Robot anjing yang dikenali sebagai Detective Quadrupped, buatan Intelligizmo (Zhijian) Intelligent Equipment Co.
Orang ramai melawat dewan pameran aeroangkasa Turki untuk melihat aset tentera udara dan satelit.
Panglima tentera Indonesia Agus Subiyanto mencuba senjata POF buatan Amerika Syarikat.
Pengunjung mendengar taklimat mengenai fungsi kenderaan penyambung multiband mudah alih.
Seorang petugas melaraskan tetapan pada sistem perkapalan yang dipamerkan.
Dron Todak 'Kamikaze' adalah dron amunisi musnah sendiri yang dibangunkan oleh Malaysia. Ia adalah produk pertama negara untuk menyerang dengan tepat sasaran yang dikehendaki.
Pengurus besar operasi Ketech Asia Amm Mashor Maharis Abdul Wahab bersama replika kilang peluru di Kuala Lipis, Pahang.
Amm Mashor Maharis Abdul Wahab (dua dari kiri) memberi taklimat kepada anggota tentera mengenai kilang peluru di Kuala Lipis.