- Iklan -
KSM11_Mnow_300524
Galeri

Mencari sisa kehidupan di runtuhan Kg Seri Makmur

Penduduk Kampung Seri Makmur, Gombak, yang diratakan penguatkuasa pada 27 Mei 2024, kini hidup bertemankan runtuhan rumah mereka, mencari-cari sisa kehidupan yang pernah mereka bina bersama.

Gambar oleh MalaysiaNow

Kampung Sri Makmur bagai padang jarak padang tekukur selepas musnah dirobohkan penguatkuasa.

Ibu tunggal, Maimunah Jamaluddin, mengutip zink dan besi-besi dari runtuhan rumahnya untuk dijual dengan harapan mendapatkan sedikit wang belanja.

Penduduk berlindung di bawah khemah di tapak rumah yang dirobohkan. Mereka rata-rata golongan B40 yang tiada pendapatan tetap.

Sebuah kerusi sofa antara perabot yang dapat diselamatkan ketika perobohan yang dilakukan secara mengejut di Kampung Sri Makmur.

Dua penduduk mencari barangan peribadi mereka di bawah runtuhan rumah.

Muhammad Khairul Hafis Othman berbincang dengan jirannya mengenai rancangan masa depan selepas rumah mereka dirobohkan.

Muhammad Khairul Hafis Othman menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas anaknya berusia 7 tahun dipijak oleh beberapa lelaki yang disyaki samseng upahan semasa berlaku perobohan.

Atap zink dan besi-besi dijual kepada pengusaha besi buruk dengan harapan dapat menampung kehidupan.

Pemimpin masyarakat kampung Ibrahim Din duduk di bawah kain tarpan yang dijadikan khemah bagi menempatkan barang-barang rumahnya.

Gambar potret keluarga di celah timbunan rumah yang roboh membawa kepada kenangan lama kehidupan di Kampung Sri Makmur.

Natasha Ibrahim menjamah makanan di bekas tapak rumahnya sementara ibunya mencari barangan milik mereka di bawah runtuhan batu-batu.

Seorang penduduk berehat di bawah khemah selepas kepenatan mencari barang peribadi mereka.

Seorang penduduk memuatkan mengutip besi-besi untuk dijual ke dalam sebuah van pengusaha besi buruk.

Menjelang malam, penduduk duduk berhampiran unggun api di tapak rumah yang dirobohkan sambil berbincang nasib mereka.

Rizuan Saawan tidur di atas pangkin berbumbungkan payung selepas kehilangan rumahnya.

Seorang penduduk duduk termenung di belakang sebuah lori yang kini menjadi tempat tidurnya selepas kehilangan rumah yang dihuni selama 20 tahun.

Ahmad Fariz melayari internet melalui telefon bimbit di dalam khemah yang menjadi 'rumah'.

Dua penduduk warga emas berehat berhampiran tapak perobohan rumah mereka.

Ketua masyarakat Kampung Sri Makmur Mohd Azhar Ariff Ibrahim dan timbalannya Ibrahim Din berehat di bawah khemah di tapak perobohan kediaman mereka.