- Iklan -
Diesel08_Mnow_130624
Galeri

Rakyat bergelut harga diesel melonjak

Pengguna diesel, sama ada individu atau peniaga, bergelut dengan penghapusan subsidi pukal untuk diesel.

Gambar oleh MalaysiaNow

Pemandu pengangkutan bebas Azmi Abdullah kini terpaksa membayar RM250 berbanding RM160 sebelum ini mengisi penuh tangki kenderaan MPV Starex, cukup untuk bertahan kira-kira tiga hari untuk aktiviti pekerjaannya.

Azmi kini membayar RM2,500 sebulan untuk diesel – RM900 lebih daripada dulu.

Pemandu trak tunda Mohamad Murtada Husien, 32, bimbang dia terpaksa menaikkan bayaran perkhidmatannya supaya tidak menanggung kerugian pada akhir bulan. Surat perjanjiannya bersama beberapa syarikat insurans dan automotif berdasarkan harga lama.

Sebelum ini, Murtada mengenakan caj kira-kira RM150 untuk jarak 20km ke bawah, tetapi kini menjangkakan kenaikan harga kira-kira 50%.

Perkhidmatan trak tunda dan bas sekolah antara yang terjejas oleh harga diesel yang melonjak sejak 10 Jun lalu.

Sebuah trak tunda menarik bas sekolah yang rosak ke dalam kawasan bengkel. Pengusaha bas sekolah sudah pun berdepan pelbagai kos, dan kini ditambah pula dengan kenaikan diesel.

Peniaga buah Syahila Syariah yang menjaja di bahu jalan melayani pelanggan di Setiawangsa. Kalau sebelum ini dia memperuntukkan RM50 untuk diesel setiap minggu, kini jumlah itu jauh meningkat.

Syahila menyusun buah naga yang dijual RM1 sebiji. Lori lama yang digunakan adalah milik keluarganya, menyukarkan permohonan bantuan subsidi yang disediakan.

Penjaja Husin Bakhtiar di Taman Melawati berusaha memastikan harganya kekal selagi pemborong mengekalkan harga. Dia merungut proses permohonan bantuan subsidi yang tidak jelas untuk seorang sepertinya yang tidak mahir teknologi.

Peniaga baju bundle Shaifuddin Md Nor menolak troli berisi pakaian, dan berniaga dari tapak ke tapak di beberapa negeri menggunakan van diesel. Dahulu kos diesel mencecah RM2,000 sebulan, kini pasti akan meningkat.

Shaifuddin sudah lebih sedekad menjalankan pernigaan pakaian bundle dengan harga RM5 hingga RM35 setiap satu. Kini, dia bimbang perlu menaikkan harga untuk mengimbangi kenaikan kos diesel.

Komposer Mohd Najib Mohd Nor yang mengusahakan studio muziknya sendiri sudah lapan tahun menyewa instrumen dan ruang studio.

Najib menggunakan kenderaan Hilux menggunakan diesel untuk memunggah peralatan sistem pembesar suara yang hendak disewakan ke beberapa lokasi majlis.

Setakat ini, dia cuba sedaya upaya mengekalkan harganya tetapi tiada jaminan tidak akan menaikkannya dalam masa terdekat.