- Iklan -
ForeignFish02_Mnow_090724
Galeri

Ikan bandaraya, 'tukang bersih' yang mengancam sungai

Ikan pendatang seperti ikan tombot, juga dikenali ikan bandaraya, dibeli sebagai ikan peliharaan tetapi dilepaskan ke dalam sungai apabila ia tidak lagi muat dalam akuarium.

Gambar oleh MalaysiaNow

Ikan tombot, lebih popular dengan jolokan ikan bandaraya kerana fungsinya menjadi 'tukang bersih' akuarium, di mana ia memakan alga pada cermin dan juga membersihkan saki baki makanan ikan yang terselit di dasar.

Mereka yang mempunyai hobi memelihara ikan di akuarium pastinya akan membeli seekor atau dua ikan tombot, spesis yang berasal dari Amerika dan mudah didapati di kedai ikan hiasan.

Masalah timbul apabila ikan bandaraya ini dilepaskan di sungai apabila meningkat dewasa, kemudiannya menjadi agresif apabila membesar, dan menyumbang kepada menyumbang kepada kemusnahan ekosistem sungai tempatan.

Di Lembah Kelang, hampir 80% sungai-sungai dimonopoli ikan asing ini. Selain ikan bandaraya ialah ikan patin merah, ikan lampam jawa, ikan keli afrika, ikan tilapia hitam, ikan rohu dan ikan pacu. Mereka yang meluangkan masa berjam-jam memancing akan mendapati kebanyakan hasil tangkapan ialah ikan bandaraya.

Ikan bandaraya gemar membuat lubang pada dinding tebing sungai sebagai sarangnya untuk bertelur dan menjadikan telur ikan tempatan sebagai makanannya. Ia selalunya dibiarkan mati oleh pemancing kerana ancamannya kepada ekosistem sungai di Malaysia.

Kawasan di Sungai Langat ini merupakan lubuk ikan bandaraya, di mana spesis ini bergerak secara berkumpulan dan mengancam ikan tempatan. Ini seterusnya menyebabkan kesukaran memperolehi ikan tempatan seperti temoleh, arowana, lais, tembakang, tengalan, terbul dan ketutu yang kian pupus.

Berbekalkan puluhan jala, lebih kurang 100 sukarelawan dari kalangan penjala dan pemancing ikan sungai turun ke keawasan Sungai Langat bergotong royong menangkap ikan asing.

Seawal jam 7.00 pagi, sukarelawan turun ke sungai bersama jala, di mana mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk meliputi beberapa kilometer sepanjang Sungai Langat bagi memburu ikan bandaraya dan ikan asing lain.

Dua sukarelawan membawa naik jala yang telah berjaya menangkap beberapa ekor ikan bandaraya di Sungai Langat.

Syahdani Danial (kiri) bersama rakan sukarelawan lain mengeluarkan ikan bandaraya yang lekat pada jala semasa aktiviti menangkap ikan asing di Sungai Langat.

Beberapa sukarelawan lain membantu mengangkat jala yang berat berisi puluhan ikan bandaraya semasa aktiviti menangkap ikan di Sungai Langat.

Antara sukarelawan ialah pelajar universiti yang turut sama membasmi ikan asing.

Sebanyak 700 kg ikan bandaraya berjaya ditangkap dengan perangkap jala yang melibatkan lebih kurang 100 sukarelawan pemancing dan penjala di sekitar Lembah Kelang.

Sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia dan kanak-kanak menimbang ikan bandaraya bagi merekodkan saiz dan berat, kemudian data tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia.

Berat ikan bandaraya melebihi 1 kg menunjukkan kehidupan bagaimana ia bermaharajalela dalam sungai tempatan sementara menjejaskan kehidupan ikan tempatan, di mana bangkai-bangkai ikan tempatan terapung dibawa arus.

Sukarelawan mengambil ukuran panjang ikan bandaraya yang ditangkap.

Ikan bandaraya dipotong kecil manakala telurnya yang berwarna kuning berselerak. Walaupun kerangkanya besar, hanya sebahagian saja memiliki isi.

Ikan bandaraya yang siap dipotong kemudian dimasukkan dalam pengisar untuk dijadikan makanan ikan, sebelum melalui proses seterusnya yang akan dijadikan pelet.