- Iklan -
KampungBaru16_Mnow_170724
Galeri

Kampung Baru, kawasan Melayu yang semakin pupus di tengah bandar raya

Penduduk Kampung Baru bimbang masa depan mereka apabila projek pembangunan memerlukan mereka berpindah tanpa diberikan pampasan yang setanding dengan nilai hartanah kawasan itu.

Gambar oleh MalaysiaNow

Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur merupakan kawasan penduduk Melayu dikelilingi bangunan pencakar langit.

Kampung Baru diasaskan lebih 110 tahun lalu, dan mempunyai penduduk seramai 37,000 yang tinggal di lapan perkampungan di dalamnya.

Sejak 2016, pelbagai usaha dilakukan untuk pembangunan bagi tujuan komersial. Shahzemir Shahzulkarib (kanan), 39, antara yang menentang usaha tersebut. Dia bersama Mohd Khairil Ramlee (dua dari kanan), 47, dan Mohd Shukor Othman, 57, dikejutkan dengan kehadiran jentera berat di kawasan perumahan mereka.

Sebuah jentera berat menghentikan operasinya selepas melakukan perobohan di bahagian koridor sebuah blok flat. Penduduk mendakwa pemaju menceroboh dan melakukan kerja perobohan sedangkan masih ada penduduk yang menghuni.

Beberapa pekerja meninjau kawasan yang dirobohkan, di mana kelihatan perabut dan besi bersepah di merata tempat.

Pekerja membawa besi dan memasang zink biru untuk menutupi kawasan perumahan flat, meneruskan kerja perobohan walaupun dibantah penduduk melalui tindakan mahkamah.

Pekerja memasang tiang seperti diarahkan pemaju di sekeliling bangunan flat.

Anuar Ahmad, Rozana Aini dan beberapa penduduk lain berbincang sesuatu selepas dikejutkan dengan kehadiran jentera berat.

Mohd Danish Saiful Baharin, 33, mengangkat barang-barang arwah neneknya untuk dipindahkan ke kawasan selamat.

Kebanyakan penduduk flat mengambil keputusan untuk berpindah tetapi 74 daripada mereka masih enggan berbuat demikian.

Di tingkat dua blok B, warga emas Halijah Mat memerhatikan pekerja memacak besi dari luar rumahnya yang merupakan peninggalan arwah suaminya.

Pasangan penduduk Zura dan suami memeriksa barang mereka selepas menyedari rumah yang ditinggalkan dipecah masuk. Beberapa barang, termasuk motosikal dan basikal telah dicuri.

Zura menunjukkan buku rawatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dari Hospital Kuala Lumpur. Hidupnya tertekan kerana bimbang bakal kehilangan rumah pusaka ini.

Shahzemir Shahzulkarib memberi penerangan kepada beberapa penduduk selepas pulang dari pertemuan dengan beberapa individu di Parlimen bagi membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Shahzemir menunjukkan longgokan kayu yang dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga nyaris mengakibatkan bumbung dapur sebuah unit flat terbakar.

Dua penduduk rumah teres berbual sesuatu, berlatar-belakangkan Menara Berkembar Petronas.