- Iklan -
Palestin_BB15_Mnow_030824
Galeri

Laungan 'Tolak BlackRock', 'Free Palestine' bergema di Bukit Bintang

Kesibukan malam Sabtu pada 4 Ogos, 2024 di pusat beli belah popular Bukit Bintang bertukar menjadi medan solidariti untuk perjuangan Palestin di samping membantah dasar kerajaan Anwar Ibrahim berurusan dengan syarikat mesra Israel.

Gambar oleh MalaysiaNow

Hampir setiap hujung minggu, penyokong perjuangan Palestin  berkumpul di ibu kota bagi membantah kezaliman Israel.

Aktivis dari Sekretariat Solidariti Palestin berkumpul di Dataran Bukit Bintang dengan sepanduk membantah keputusan kerajaan menjual saham kepada sebuah syarikat milik firma mesra Israel, BlackRock.

Malam ini, peserta memperingati pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, dengan menunaikan solat jenazah ghaib diimamkan oleh Mohd Zaki Zulkifli dari pertubuhan Muslim Care di Dataran Bukit Bintang.

Perserta kemudian mula berarak di kawasan Bukit Bintang yang menjadi pusat membeli belah dan tarikan pelancong, sambil mengangkat pelbagai sepanduk mengenai kekejaman Israel dan BlackRock.

Aktivis terkenal Hishamuddin Rais dengan beberapa pemimpin pertubuhan anti-Israel lain menyampaikan ucapan di Dataran Bukit Bintang.

Sekumpulan wanita dengan pelekat muka bertemakan warna bendera Palestin berarak di kaki lima pusat beli belah Lot 10, Bukit Bintang.

Peserta berjalan dengan tertib di kaki lima berdekatan Hotel Park Royal, Bukit Bintang.

Hentian lampu trafik memberi kesempatan kepada orang ramai menyatakan sokongan kepada peserta.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, mereka berarak melaungkan slogan mengutuk Israel sepanjang Jalan Imbi.

Peniaga dan pelanggan sepanjang Jalan Bukit Bintang memberikan laluan kepada peserta perhimpunan membela Palestin.

Lebih ramai mula menyertai perarakan, dan perhimpunan semakin mendapat perhatian orang ramai dan pelancong.

Perarakan berhenti di hadapan McDonald's Bukit Bintang, cawangan pertama jenama burger itu di Malaysia, yang turut menerima tempias kempen boikot kepentingan Amerika Syarikat di seluruh dunia.

Mythreyar Mutturamalinggam, lelaki yang melakukan mogok lapar selama seminggu bagi membantah BlackRock pada bulan lalu, turut berucap kepada peserta perhimpunan.

Seorang wanita Palestin menyampaikan ucapan menayat hati memperingati Ismail Haniyeh, sambil menggesa rakyat Malaysia terus berbicara mengenai nasib penduduk Palestin di tangan regim Israel.

Pelbagai sepanduk mengecam terhadap kekejaman Israel membanjiri kawasan di luar McDonald's sambil diperhatikan pelanggan dari tingkat atas.

Pelbagai sepanduk dengan slogan dan maklumat mengenai serangan Israel ke atas Gaza yang setakat ini mengorbankan lebih 40,000 orang awam.