- Iklan -
Merdeka_History05_Mnow_270824
Galeri

'Ulangkaji' sepintas sejarah Merdeka

Gambar-gambar yang merakamkan detik penting negara ini biasa dilihat, tetapi kerap diambil ringan akan kepentingannya kepada sejarah kemerdekaan.

Gambar oleh MalaysiaNow

Kemerdekaan negara berkait rapat dengan Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama yang dinobatkan 'Bapa Kemerdekaan', dan lebih mesra dengan panggilan Tunku.

Antara peristiwa penting yang membawa kepada tamatnya era penjajahan British di Tanah Melayu ialah perhimpunan ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1946, bertujuan membantah Malayan Union, projek kolonial yang mahu menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu pentadbiran dengan menghapuskan kuasa raja Melayu.

Kini, bangunan Kelab Sultan Sulaiman masih berdiri di Kampung Baru, usang dan terbiar di sebalik sejarah yang dibawanya.

Pada 1955, Tanah Melayu mengadakan pilihan raya umum pertama, menyaksikan kemenangan parti Perikatan di bawah kepimpinan Tunku yang berkempen atas janji mencapai kemerdekaan. Parti yang kemudiannya berubah menjadi Barisan Nasional ini kekal berkuasa selama enam dekad lagi.

Ketibaan rombongan Tunku Abdul Rahman dari London disambut meriah di Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka pada Februari 1956 susulan rundingan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Di sebelah kiri Tunku ialah Ghafar Baba, yang akan menjadi timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir Mohamad kira-kira tiga dekad kemudian.

Pada hari sama di sebuah padang di Melaka, Tunku membuat pengumuman yang ditunggu-tunggu, iaitu Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pemandangan orang ramai yang menyertai perarakan menyambut Tunku di Melaka.

Nash Rambler Custom Convertible edisi 1951, kereta yang digunakan Tunku semasa ketibaannya dari London, kini dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Lumpur.

Pada 31 Ogos 1957, Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu bergema di Stadium Merdeka, stadium pertama negara yang siap dibina hanya beberapa hari sebelumnya.

Gambar yang terkenal ini menunjukkan Tunku melaungkan sorakan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diikuti oleh orang ramai, menandakan kelahiran sebuah negara merdeka yang baru.

Satu masa dulu stadium terbesar di Asia Tenggara, Stadium Merdeka kini kerdil jika dibandingkan dengan stadium yang dibina selepasnya. Mercu tanda bersejarah di tengah-tengah Kuala Lumpur ini pernah terselamat daripada rancangan merobohkannya untuk projek pembangunan.

Seorang pekerja penyelenggaraan melakukan penandaan barisan di Stadium Merdeka, yang kini kembali kepada bentuk asal selepas menjalani projek pemulihan besar-besaran.

Seorang pengunjung melihat gambar-gambar kompilasi sejarah kemerdekaan negara di Stadium Negara.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina dengan reka bentuk Moorish di hadapan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pernah menempatkan pejabat kerajaan penjajah British, tetapi kini menjadi tumpuan sambutan tahunan yang meraikan pemergiannya.

Menara jam setinggi 41 meter di Bangunan Sultan Abdul Samad pertama kali berbunyi pada 1897 sempena sambutan jubli intan Ratu Victoria pada tahun itu.

Dibina pada 1966, Tugu Negara merupakan cetusan idea Tunku yang mendapat ilham daripada Memorial Perang Marine Corps di Amerika Syarikat. Struktur diperbuat daripada gangsa ini tersergam dikelilingi pohon hijau hanya beberapa minit dari Bangunan Sultan Abdul Samad.