- Iklan -
protest_USembassy18_Mnow_121024
Galeri

Membantah jenayah AS-Israel, 300 meter dari Kedutaan Amerika

Ulang tahun genosid Israel ke atas rakyat Palestin menyaksikan jutaan orang berkumpul di luar kedutaan Israel dan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Di Malaysia, Keduatan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sekali lagi menjadi fokus puluhan ribu orang yang meredah cuaca panas dan hujan pada 12 Oktober 2024, walaupun dihalang pihak polis kira-kira 300 meter dari bangunan kedutaan.

Gambar oleh MalaysiaNow

Ribuan berkumpul di persekitaran Masjid Asy-Syakirin bersebelahan Menara Kembar Petronas sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Refleksi dalam cermin mata gelap seorang peserta menunjukkan ruang di luar Masjid Asy-Syakirin dipenuhi orang ramai mendengar ucapan.

Demonstrasi yang diberi nama 'Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa', bersempana operasi Hamas pada 7 Oktober, bermula dengan perarakan dari Masjid Asy-Syakirin menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Seorang kanak-kanak memegang bendera Palestin, antara puluhan ribu yang membanjiri kawasan KLCC untuk memperingati satu tahun genosid rakyat Palestin.

Laungan "Allahu Akbar" mengiringi setiap langkah menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Ramai peserta memakai keffiyeh Palestin yang menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan Zionis.

Himpunan ini digerakkan beberapa pertubuhan khususnya PAS serta parti politik dan pertubuhan pro-Palestin lain. Di sini, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, aktivis Tian Chua dan Rafique Rashid menyertai perarakan.

Pegawai polis mengawal jalan raya utama ketika orang ramai berpusu-pusu menuju Kedutaan Amerika Syarikat.

Sebahagian Jalan Tun Razak dibanjiri orang ramai yang berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Ribuan penyokong Palestin dipisahkan di kedua belah Jalan Tun Razak.

Bendera Palestin dikibarkan ketika bilangan peserta semakin meningkat selepas perarakan dihalang kira-kira 300 meter dari bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.

Seperti protes anti-Israel sebelum ini, pasukan polis menghalang perarakan daripada sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Seruan peserta kepada kerajaan Amerika Syarikat amat jelas: henti bersubahat dengan regim Zionis untuk membunuh rakyat Palestin.

Poster ini antara aneka slogan yang mengingatkan rakyat Palestin mereka tidak akan diabaikan.

Lelaki ini menjulang naskhah Al-Quran sebagai simbol semangat jihad mempertahankan bumi Palestin yang menempatkan salah satu daripada tiga tanah suci Islam.

Walaupun Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap, Benjamin Netanyahu masih dilindungi Amerika – itu mesej disampaikan lelaki ini, antara peserta yang dihalang menghampiri Kedutaan Amerika Syarikat.

Seperti protes anti-Israel sebelum ini, majoriti peserta merupakan anak muda.

Seorang wanita sedang mendengar ucapan penganjur di sebalik bendera Palestin yang dibawanya.

Kanak-kanak ini cuba membetulkan mafla semasa menyertai Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa di Jalan Tun Razak.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berucap di hadapan ribuan peserta yang dihalang polis daripada menghampiri Kedutaan Amerika Syarikat.