- Iklan -
FlatSgBaru27_Mnow_270325
Galeri

Aidilfitri tanpa rumah bagi penduduk Kampung Sungai Baru

Bangunan flat di kawasan ini dirobohkan satu persatu walaupun perintah sementara membenarkan penduduk kekal di situ sehingga mahkamah mencapai keputusan.

Gambar oleh MalaysiaNow

Pemandangan dari udara Kampung Baru di tengah-tengah Kuala Lumpur, berkeluasan 220 ekar dengan berlatar belakangkan pencakar langit. Kampung Baru ditubuhkan oleh pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan diiktiraf melalui Warta Kerajaan Selangor pada 12 Januari 1900 sebagai melalui rizab Penempatan Pertanian Melayu (Malay Agriculture Settlement).

Pelan Kampung Baru yang dicetak semula pada 2013 menunjukkan keluasan meliputi sehingga ke Campbell, Dang Wangi. Namun, sebahagian dari tanah Kampung Baru telah dihilangkan dari pelan apabila penduduk tempatan menemui cetakan pada 2014.

Isu pengambilan tanah di Kampung Baru telah berlarutan sejak 2016 melibatkan 67 unit rumah teres dan 264 unit rumah flat di Kampung Sungai Baru. Pada Julai 2021, penduduk menerima surat meninggalkan kediaman mereka dengan pampasan.

Rumah flat Kampung Sungai Baru terdiri dari 8 blok, dan semakin usang apabila sejaksebahagian penduduk berpindah. Sebahagian lagi terpaksa keluar selepas pemaju memotong bekalan elektrik dan air pada pertengahan tahun 2024.

Nota yang merumuskan kekecewaan penduduk dilekatkan bersebelahan notis pengosongan rumah, di Kampung Sungai Baru.

Seorang penduduk, Halijah Mat menjemur pakaian di hadapan koridor rumahnya. Walaupun jiran lain telah berpindah, beliau masih kekal di sini kerana tidak mampu membeli kediaman baru.

Penduduk rumah teres berbincang dengan jiran di flat mengenai kawasan rumah mereka yang akan didirikan pagar oleh pemaju.

Papan notis permohonan perobohan berhampiran rumah flat Kampung Sungai Baru.
Papan notis permohonan perobohan berhampiran rumah flat Kampung Sungai Baru.
- Iklan -
Pemandangan dari udara Blok D yang dirobohkan pemaju, walaupun penduduk dalam proses rayuan di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Penduduk Kampung Sungai Baru, Zainab Alias (tengah), bersama penasihat penduduk Kampung Sungai Baru, Muzzafar Razman (kanan) aktivis lantang Rafidah Ibrahim.

Muzzafar memberi taklimat kepada wakil media menjawab kekeliruan terhadap status MAS (Penempatan Pertanian Melayu) berkait projek pembangunan semula di kawasan itu.

Tiga blok flat dirobohkan pemaju, di mana penduduk mendakwa tindakan itu melanggar undang-undang dan tidak mengikut piawaian kerana membahayakan keselamatan awam.

Zainab Alias (dua dari kiri) menyampaikan memorandum bantahan kepada Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan diiringi beberapa ahli Parlimen pembangkang.

Penduduk turut dijemput Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendengar masalah mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Rentetan dari perjumpaan di Putrajaya, Mahathir sendiri melawat Kampung Sungai Baru.

Zainab memberi penerangan kepada Mahathir mengenai situasi terkini di mana penduduk diminta mengosongkan rumah mereka pada 26 Mac, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Rafidah berdiri di hadapan flat tempat beliau membesar bersama adik beradik yang lain.

Ibrahim Khalil, 60 bersama anak saudaranya Mohd Yusof Raduan memikirkan nasib mereka selepas menerima notis pengosongan secara total.

Ibrahim memeriksa panel solar di atas bumbung flat yang dipasang tahun lalu selepas bekalan elektrik dan air dipotong pemaju.

Ibrahim merenung jauh mengimbau zaman kanak-kanaknya menyambut Hari Raya di kediaman pusakanya.

Disebabkan tiada bekalan elektrik, seorang penduduk mengambil keputusan tinggal di ruang koridor flat Kampung Sungai Baru, namun Ibrahim berkongsi tenaga solarnya.

Jentera berat merobohkan bangunan flat Kampung Sungai Baru walaupun mendapat tentangan dari penduduk di situ.

Amal Ibrahim menyusun barang-barang arwah ibunya untuk disimpan selepas menerima mengosongkan rumahnya.

Amal Ibrahim memastikan barangan kaca dibungkus cermat sebelum berpindah.

Dia memastikan barang-barang disimpan kemas dan teratur supaya mudah dibuka balik.

Amal berjalan melalui rumah jirannya yang sudah pun dikosongkan. Untuk malam seterusnya, dia menumpang di rumah rakannya.

Amal termenung dikelilingi runtuhan di hadapan Blok B, satu masa dulu rumahnya selama berdekad.

Akhirnya Blok F Kampung Sungai Baru menyembah bumi walaupun mahkamah memberi jaminan interim kepada penduduk untuk membolehkan pemilik terus tinggal sehingga keputusan dibuat.