- Iklan -
Berita

MTUC sambut baik cadangan PM naikkan bantuan JKM ke RM1000

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dinaikkan kepada RM1,000 dan berharap perkara itu akan dipersetujui sebulat suarat oleh Kabinet. Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata mereka juga berharap cadangan itu tidak akan menjadi satu lagi kajian yang mengambil masa lama sebelum dilaksanakan. […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dinaikkan kepada RM1,000 dan berharap perkara itu akan dipersetujui sebulat suarat oleh Kabinet.

MTUC menyokong cadangan PM agar naikkan bantuan JKM ke RM1000.

Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata mereka juga berharap cadangan itu tidak akan menjadi satu lagi kajian yang mengambil masa lama sebelum dilaksanakan.

“Perkara ini tidak memerlukan pindaan undang-undang, hanya keputusan Kabinet dan surat pekeliling dalaman sebaik sahaja Kementerian Kewangan memperoleh dana.

“Justeru, tidak perlu maklum balas atau kajian yang lama kerana JKM ada pangkalan data mereka yang layak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, Muhyiddin mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan kepada RM1,000 dan cadangan akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri minggu ini.

Solomon turut menggesa Kabinet memanjangkan bantuan kebajikan itu kepada dua lagi kategori iaitu penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan pencen kurang daripada RM2,000 sebulan dan pekerja daripada kumpulan B40 dengan gaji bulanan kurang daripada RM4,000.

Untuk pekerja kumpulan B40, bantuan ini hanya sehingga pandemik COVID-19 terkawal dan vaksin ditemukan, namun bagi penerima pencen Perkeso, bantuan haruslah diberikan secara tetap, katanya.

 

 

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.