- Iklan -
Berita

Rais Yatim speaker baru Dewan Negara

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim, dipilih untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara ke-18 selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Senator Yusmadi Yusoff dalam pengundian yang dijalankan sebentar tadi. Rais yang juga bekas menteri Kabinet mendapat 45 undi sementara Yusmadi hanya memperolehi 19 undi. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu mencalonkan nama […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Rais Yatim is the new Dewan Negara president.
Rais Yatim is the new Dewan Negara president.

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim, dipilih untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara ke-18 selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Senator Yusmadi Yusoff dalam pengundian yang dijalankan sebentar tadi.

Rais yang juga bekas menteri Kabinet mendapat 45 undi sementara Yusmadi hanya memperolehi 19 undi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu mencalonkan nama Rais untuk dilantik ke jawatan itu.

Sebelum ini, selain Rais dan Yusmadi, ada dua nama lain turut disebut dicalonkan iaitu ahli Dewan Negara dari Sabah, Senator Theodore Douglas Lind, serta wakil Umno, Senator Mohamad Ali Mohamad.

Bagaimanapun nama Mohamad tidak dicalonkan pada hari ini, manakala pemimpin Pejuang Senator Marzuki Yahya memberitahu Lind menarik diri daripada persaingan untuk merebut jawatan berkenaan.

Rais bukanlah nama yang asing dalam politik Malaysia.

Beliau merupakan ahli politik veteran yang pernah berkhidmat di bawah beberapa perdana menteri seperti Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi dan Najib Razak sebagai menteri Persekutuan dan menteri besar Negeri Sembilan.

Selain itu Rais juga pernah menganggotai beberapa parti politik seperti Umno, Semangat 46 dan kini beliau bersama Bersatu.