- Iklan -
Berita

Zuraida sedia kemuka bukti projek rundingan terus PH

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata beliau bersedia mengemukakan surat berkaitan projek-projek kementerian itu yang diluluskan secara rundingan terus di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata surat berkaitan telah dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak berkaitan, sekiranya ada siasatan lanjut mengenainya. “.. saya tidak mahu panjangkan perkara ini kepada media, jadi jika Suruhanjaya […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin. Photo: Bernama
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin. Photo: Bernama

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata beliau bersedia mengemukakan surat berkaitan projek-projek kementerian itu yang diluluskan secara rundingan terus di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata surat berkaitan telah dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak berkaitan, sekiranya ada siasatan lanjut mengenainya.

“.. saya tidak mahu panjangkan perkara ini kepada media, jadi jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sesiapa saja hendak siasat, saya tidak ada masalah dan sudah bersedia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Pekerja Bomb dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) di Dewan Serbaguna Kompleks Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Cheras hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat 24 Ogos lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sepanjang pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan, ia telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Zuraida, yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan semasa pentadbiran PH, menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang pemberian projek secara rundingan terus dan menyatakan dua projek KPKT yang diluluskan secara rundingan terus dibuat di luar pengetahuannya.

Sabtu lepas, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencabar Zuraida agar mendedahkan surat berkaitan satu daripada dua projek KPKT yang diluluskan secara rundingan terus ketika pemerintahan PH.

Lim mendakwa Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (PSPTB) bernilai RM170.3 juta itu dimohon sendiri oleh KPKT kepada Kementerian Kewangan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.