Bersatu pecat bekas MB Johor
Bersatu memecat bekas menteri besar Johor, Osman Sapian berkuatkuasa serta-merta, kata pengerusi lembaga disiplin parti itu Megat Najmuddin Megat Khas. Menurut Malaysiakini, keputusan itu dibuat atas tindakannya yang didakwa membantu kempen parti pembangkang, Pejuang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Keputusan itu memberi tamparan buat kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang menguasai DUN […]
Terkini
Bersatu memecat bekas menteri besar Johor, Osman Sapian berkuatkuasa serta-merta, kata pengerusi lembaga disiplin parti itu Megat Najmuddin Megat Khas.
Menurut Malaysiakini, keputusan itu dibuat atas tindakannya yang didakwa membantu kempen parti pembangkang, Pejuang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Keputusan itu memberi tamparan buat kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang menguasai DUN Johor dengan 29 kerusi, termasuk kerusi Osman, berbanding 27 kerusi Pakatan Harapan (PH).
Keputusan itu dibuat mengikut Fasa 10.2.3 dalam perlembagaan Bersatu yang menggariskan keahlian Osman terlucut secara automatik daripada parti, menurut Megat Najmuddin.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.