- Iklan -
Berita

Gangguan air di Kuala Lumpur, Selangor berterusan

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat 6.30 pagi ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji berkenaan dan kini […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gangguan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berterusan. Gambar: Facebook
Gangguan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berterusan. Gambar: Facebook

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat 6.30 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji berkenaan dan kini berada pada tahap satu (1) TON.

“LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap kosong (0) TON,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula semalam.

Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.