- Iklan -
Berita

Speaker Dewan Negara hargai Muhyiddin hadir sidang

Menteri Kabinet wajar contohi sikap Perdana Menteri hadir sendiri ke Dewan Negara untuk jawab soalan

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Muhyiddin Yassin (tengah) diiringi Timbalan Yang Dipertua Abdul Halim Abd Samad (dua, kiri) ketika keluar dari Dewan Negara selepas menghadiri Sidang Dewan Negara ke-18 di Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini.Gambar Bernama
Muhyiddin Yassin (tengah) diiringi Timbalan Yang Dipertua Abdul Halim Abd Samad (dua, kiri) ketika keluar dari Dewan Negara selepas menghadiri Sidang Dewan Negara ke-18 di Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini.Gambar Bernama

Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana sanggup hadir dan menjawab sendiri soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara hari ini.

Justeru, Rais berharap semua Menteri Kabinet lain mencontohi sikap Perdana Menteri yang hadir sendiri ke Dewan Negara untuk menjawab soalan berkaitan kementerian dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara, pada masa depan.

“Sidang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana hadir sendiri untuk menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara hari ini.

“Di samping itu kita mengharap beliau (Perdana Menteri) bersama sekutu kita iaitu Menteri Kabinet bertanggungjawab soalan sebanyak mungkin dikemukakan di Dewan Negara, pada masa depan,” katanya dalam ucapan ringkas selepas Muhyiddin selepas menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Razali Idris yang meminta Perdana Menteri menyatakan pelaksanaan dan keberkesanan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dilihat dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasakan pembangunan sosioekonomi bumiputera.