Musa Aman tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon
Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini. Ini termasuk di Dewan Serbaguna Libaran, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, iaitu kerusi yang disandangnya sejak 1994. Dengan ketiadaan beliau, ramai pemerhati politik dan penyokong beliau yang […]
Terkini
Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.
Ini termasuk di Dewan Serbaguna Libaran, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, iaitu kerusi yang disandangnya sejak 1994.
Dengan ketiadaan beliau, ramai pemerhati politik dan penyokong beliau yang beranggapan veteran politik yang berusia 69 tahun itu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Musa juga tidak berada dalam senarai Barisan Nasional (BN) mewakili UMNO.
Sebelum ini, Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin memaklumkan dia tidak memohon untuk menjadi calon BN.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.