- Iklan -
Berita

Shafie gesa rakyat Sabah tolak politik wang

Katanya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sementara Sabah yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama
Ketua Menteri Sementara Sabah yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Shafie berkata pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik wang.

“Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah,” katanya pada majlis bersama calon-calon Warisan bertemu rakyat di Tawau semalam.

Katanya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual.

“Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi,” katanya.

Menurut Shafie, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah.

Pada PRN ini, Shafie menghadapi pertandingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.