Beliau berkata kes membabitkan warga asing pula ialah satu kes saringan prapembedahan di Hospital Lahad Datu dan satu kes saringan sebelum masuk kerja.
Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kes saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran iaitu Kota Setar, Kedah dan satu di Pulau Pinang yang kedua-duanya melibatkan warganegara.
Beliau berkata 12 kes import melibatkan tiga warganegara dan sembilan bukan warganegara yang pulang dari India dengan lapan kes dan masing-masing termasuk tiga dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor, selain dua di Labuan.
Kes import lain adalah dari Bangladesh, Yaman dan Rusia yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Indonesia yang dilaporkan di Selangor, masing-masing satu kes.
Sementara itu, terdapat 40 kes pulih dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya sebanyak 9,355 kes atau 91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 10 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.