- Iklan -
Berita

Hajiji, Bung Moktar, Jeffrey, Jahid memasuki Istana Negeri Sabah

Masih belum ada kepastian siapa bakal menjadi ketua menteri Sabah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan kereta Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan Pengerusi PN Sabah Hajiji Noor memasuki Istana Negeri Sabah yang dikawal ketat anggota polis kerana dijangka berlaku istiadat angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin hari ini. Gambar: Bernama

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin dilihat memasuki pekarangan Istana Negeri dipercayai untuk bertemu Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin petang ini.

Bung Moktar tiba dengan menaiki kenderaan berwarna putih pada 2.27 petang manakala Hajiji tiba seminit kemudian dengan kenderaan berwarna hitam.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin yang lengkap berpakaian sut dengan bertali leher dan bersongkok enggan menjawab sebarang pertanyaan dan sekadar mengukir senyuman lebar apabila petugas media mengucapkan tahniah kepada mereka yang disebut-sebut sebagai calon ketua menteri Sabah.

Presiden Star Jeffrey Kitingan pula dilihat memasuki kawasan istana pada 3 petang dan sebelum itu, Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim tiba di sana pada 2.47 petang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.

GRS terdiri daripada PN dan BN dengan rakan sekutu PBS.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.