- Iklan -
Berita

Adun BN enggan jadi pembangkang, kata Bung selepas dakwaan Umno hilang ‘taring’ di Sabah

Bung Moktar menyeru supaya para penyokong tidak menyalahkan presiden parti atas dan berterima kasih kepada Zahid atas bantuan sepanjang kempen PRN Sabah berlangsung.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin ditemui pemberita ketika meninggalkan pekarangan Istana Negeri selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada 27 Sept, 2020. Gambar: Bernama.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin ditemui pemberita ketika meninggalkan pekarangan Istana Negeri selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada 27 Sept, 2020. Gambar: Bernama.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin mendedahkan beliau tidak mepunyai pilihan selain terpaksa memenuhi permintaan rakan-rakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu supaya untuk tidak menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) dan bergabung sebagai sekutu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

“Saya juga ingin memaklumkan semua Adun BN meminta pada saya untuk menjadi kerajaan dan mereka tidak sanggup jadi pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bung Moktar yang juga calon ketua menteri Umno, menyebut mereka sedar jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PN lebih banyak berbanding 14 kerusi yang dimiliki BN.

Dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), BN yang diwakili oleh Umno, memenangi 14 kerusi, sementara PN (diwakili oleh PN dan PBS) mencalonkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri, mempunyai 24 kerusi DUN.

Sebelum ini, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi bertegas supaya Bung Moktar dicalonkan sebagai ketua menteri Sabah.

Bagaimanapun, pemilihan Hajiji sebagai ketua menteri baru negeri dilihat sebagai pemimpin Umno pusat tidak mempunyai suara dalam menentukan hala tuju politik Sabah.

Awal hari ini, timbul spekulasi kemungkinan Umno menarik diri dari GRS dan mewujudkan pakatan dengan Warisan untuk membentuk kerajaan, dalam usaha untuk menolak Hajiji daripada mengambil alih jawatan itu.

Mengulas lanjut, Bung Moktar juga menyeru para penyokongnya untuk tidak menyalahkan Zahid, malah mengucapkan terima kasih kepada presiden Umno itu kerana membantu dalam kempen PRN Sabah.

Pada sidang media hari ini, Bung Moktar turut mendesak semua pihak untuk menghentikan permainan politik.

PRN Sabah menyaksikan kejatuhan Warisan, yang bekerjasama dengan DAP, PKR, Upko dan Amanah.

Warisan gagal mengulangi kejayaan gabungan itu pada tahun 2018 apabila ia berkuasa selepas kerajaan Najib Razak yang dituduh melakukan rasuah besar-besaran dalam pentadbiran negara digulingkan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.