- Iklan -
Berita

Hajiji angkat sumpah ketua menteri Sabah ke-16

Hajiji hadir ke Istana Negeri diiringi isteri Julia Salag.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini. Gambar: Bernama
Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini. Gambar: Bernama

Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sabah yang baru di hadapan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

Istiadat angkat sumpah ketua menteri itu berlangsung di Istana Negeri, sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman itu diangkat sebagai ketua menteri ke-16 untuk menerajui pentadbiran negeri Sabah.

Hajiji, 65, yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam diiringi isterinya Julia Salag.

Selepas membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan Juhar, Hajiji kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikannya sebagai ketua menteri.

Ia disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong.

Hajiji akan dibantu tiga timbalan ketua menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin, Presiden Star Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden PBS Joachim Gunsalam.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRS yang menggabungkan Perikatan Nasional (PN), BN dan PBS memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu sekaligus membentuk kerajaan negeri yang baru.

GRS yang dianggotai PN memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS 7 kerusi.

Sementara Warisan Plus yang dianggotai Warisan mendapat 23 kerusi, DAP 6, PKR, 2 dan Upko 1.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.