- Iklan -
Berita

Hajiji mampu terajui Sabah, kata Musa Aman

Ketua menteri Sabah yang baru, Hajiji Noor berkemampuan memimpin Sabah dan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan kepada rakyat dan pembangunan negeri pada masa hadapan, kata Musa Aman. Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Hajiji, bekas ketua menteri Sabah itu berkata pengerusi Bersatu Sabah itu bukan sahaja seorang individu penyayang, tetapi juga pemimpin yang tegas dan […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. Gambar: Bernama
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. Gambar: Bernama

Ketua menteri Sabah yang baru, Hajiji Noor berkemampuan memimpin Sabah dan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan kepada rakyat dan pembangunan negeri pada masa hadapan, kata Musa Aman.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Hajiji, bekas ketua menteri Sabah itu berkata pengerusi Bersatu Sabah itu bukan sahaja seorang individu penyayang, tetapi juga pemimpin yang tegas dan mampu membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya sudah lama mengenali Hajiji, pernah berkhidmat sebagai menteri Kabinet (negeri) selama bertahun-tahun di bawah pentadbiran saya sebagai ketua menteri.

“Beliau selalu memberikan komitmen penuh dan profesionalisme terhadap pekerjaannya pada masa itu,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Hajiji, 65, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu pagi tadi.

Pelantikannya dibuat selepas gabungan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkumi PN, Barisan Nasional (BN) dan PBS memenangi majoriti mudah dengan 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.