Seorang peguam terkemuka memberi amaran Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pertempuran perundangan dan politik yang “menggerikan” selepas Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan kesahan pengampunan Diraja terhadap presiden PKR itu, dicabar.
Haniff Khatri Abdulla yang mewakili seorang pemimpin parti politik baru yang mencabar pegampunan Diraja pada 2018 yang membebaskan Anwar dari penjara berkata, perbicaraan ini boleh menyaksikan kes yang belum pernah terjadi dan tidak pernah dilihat di Malaysia.
“Setahu saya belum ada (pengampunan Diraja) yang ditarik balik,” kata Haniff kepada MalaysiaNow.
Haniff adalah peguam jenayah yang terlibat dengan kes berprofil tinggi dan pernah mewakili bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menjelaskan tindakan anak guamnya, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencabar sama ada keputusan Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan penuh terhadap sabitan liwat Anwar sah di sisi Perlembagaan.
“Dalam rekod malaysia, sejarah Malaysia, tidak pernah ada pengampunan yang diberikan kepada sabitan,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.